suria

Kalau suka jagung, jangan buang bulunya... ada banyak khasiatnya!

Bulu jagung jangan dibuang kerana ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan anda!

KETIKA mengupas jagung kebanyakan orang akan membuang kulit serta bulunya yang berwarna kuning keemasan atau nama saintifiknya stigma maydis.

Jika diperhatikan bulu jagung itu seperti benang halus menyerupai sutera yang melapisi kulit buah kegemaran ramai itu.

Tahukah anda, bulu jagung ini sebenarnya tinggi dengan protein, karbohidrat, kalsium, kalium, magnesium, natrium, garam, stigmasterol dan sitosterol.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaedah tentera, bercakap dengan diri sendiri... Hanya 2 minit dah boleh tertidur!

Bulu jagung ini juga boleh dibuat sebagai teh malah perubatan tradisional Cina banyak menggunakannya untuk tujuan merawat pelbagai penyakit.

1. Merendahkan kandungan gula dalam darah

Bulu jagung dapat mengurangkan kadar gula dalam darah selain membantu mengawal gejala diabetes dalam satu kajian yang dilakukan.

2. Mengurangkan risiko penyakit alzheimer

Penderita alzheimer biasanya akan melumpuhkan fungsi memori manusia. Kajian dilakukan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang di dalam jurnal Molecules pada 2012 mendapati, bulu jagung memilik kesan neuroprotektif yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit tersebut.

3. Merawat jangkitan pundi kencing

Jangkitan pundi kencing tidak boleh dipandang ringan namun kajian mendapati rebusan air bulu jagung yang dibuat sebagai teh mampu merawat masalah itu.

4. Meningkatkan kesihatan jagung

Kandungan falvonoid dalam bulu jagung terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol yang juga penyebab kepada masalah jantung manusia.

5. Membantu pesakit kemurungan

Rambut jagung memiliki antidepresi dan kajian dilakukan terhadap tikus yang mempunyai masalah kemurungan menunjukkan ia dapat membantu mengurangkan masalah mental itu.

6. Menurunkan berat badan

Ia boleh bantu anda menguruskan badan kerana sifat bulu jagung adalah rendah kalori. Amalan minum teh bulu jagung juga akan membuatkan anda kenyang, meningkatkan metabolisme serta melancarkan sistem pencernaan anda.

7. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Amalan minum teh bulu jagung dapat membantu mengeluarkan cecair berlebihan dalam badan serta mengurangkan potensi tekanan darah tinggi.

8. Mengurangkan masalah lesu

Keletihan dan lesu boleh menjejaskan aktiviti harian, malahan menurut kajian UPM juga dalam jurnal Molecules pada 2012 mendapati kandungan flavonoid dalam bulu jagung terbukti dapat mengurangkan masalah lesu.

Jagung, Bulu Jagung, Khasiat, Kesihatan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain