suria

Tak halal ilmu pada murid, pensyarah minta pendidik jaga kata-kata - “Ada cikgu panggil pelajar ahli neraka”

Anas mengakui kurang setuju dengan segelintir guru yang mengugut tidak mahu menghalalkan ilmu yang diajar. (Gambar sekadar hiasan) FOTO: BERNAMA.

MUNGKIN ada dalam kalangan kita yang agak nakal di zaman persekolahan sehingga pernah dimarahi guru.

Namun, ada juga kes lebih parah yang mana guru mengugut untuk tidak menghalalkan ilmu yang diajar kepada murid-murid.

Bagi pelajar yang pernah berdepan perkara itu, mereka pastinya risau sekiranya kata-kata guru tersebut menjadi nyata sehingga memberi kesan kepada keputusan peperiksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dendam cikgu baling buku, ini yang pelajarnya buat! “Dia tak halalkan pun ilmu yang dia bagi kat kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara digantung sekolah, pakcik datang serang cikgu... Ini penjelasan PKHEM!

Di Twitter, seorang pensyarah yang hanya mahu dikenali sebagai Anas tampil mengupas isu itu.

"Wahai pengajar, kalau korang yang jenis orang tak halalkan ilmu, haramkan ilmu yang saya bagi dan sebagainya, satu perkataan - kamu salah.

"Kau dapat gaji. Gaji dibayar untuk kau mengajar. Kamu yang sepatutnya berhati-hati dengan masa dan usaha yang diberi, agar gaji itu halal," tulisnya di Twitter.

Yang paling menyentuh hati saya, cikgu panggil pelajar tu ahli neraka. Kisah ini ada seseorang kongsi di Twitter.

ANAS

PENSYARAH/GURU

Anas sewaktu dihubungi mStar berkata, posting berkenaan bukanlah mahu mengaibkan mana-mana guru sebaliknya dia hanya mahu memberi pesanan sahaja.

Bagaimanapun dia sendiri mengakui senario berkenaan merupakan satu realiti yang benar-benar berlaku sehingga hari ini.

"Kehidupan kita memang dengan murid. Ada apa-apa mereka datang jumpa... ada murid kongsi, guru atau pensyarah tak nak halalkan ilmu.

"Ada yang kena marah, kena halau keluar. Mereka takut bila ilmu tu diharamkan, ia melibatkan emosi mereka.

"Jadi tekanan bila diugut. Saya sentuh isu ni bukan nak kata tak boleh tegur murid, tapi kena ada caranya," ujar Anas.

Antara komen netizen yang memperdebatkan isu itu.

Kata Anas lagi, murid pada zaman sekarang juga sudah banyak berubah berbanding murid pada zaman dahulu.

Jadi, guru juga harus lebih peka dalam memahami anak murid agar mereka lebih senang untuk menerima apa yang diajar.

"Pada saya rasa hormat itu kena saling ada. Kena faham sebab zaman dah berubah. Kita sebagai pendidik juga kena ada empati dan kenal pelajar dengan lebih mendalam.

"Yang paling menyentuh hati saya, cikgu panggil pelajar tu ahli neraka. Kisah ini ada seseorang kongsi di Twitter. Pada saya itu tak sepatutnyalah. Kita pun lebih kurang sama je dengan pelajar.

Posting Anas yang tular di media sosial.

"Kalau murid main telefon dalam kelas, ada juga guru yang main telefon sewaktu mesyuarat. Tapi ni saya kata secara umum ya, bukan semua macam tu," ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting Anas menerima lebih 15,500 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Memiliki 12 tahun pengalaman sebagai pendidik, Anas merupakan pensyarah subjek perakaunan di sebuah kolej swasta di Shah Alam, Selangor.

Selain itu, dia turut mengajar Matematik untuk murid sekolah di sebuah pusat tuisyen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Anas, pensyarah, tak halal ilmu, pelajar

Artikel Lain