suria

Anak saudara digantung sekolah, pakcik datang serang cikgu... Ini penjelasan PKHEM!

Paparan skrin rakaman berkenaan yang tular di media sosial.

TINDAKAN lelaki yang menyerang seorang guru di sebuah sekolah di Bachok, Kelantan menarik perhatian pelayar media sosial sejak Sabtu lalu.

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, dua lelaki dilihat menyerbu kawasan sekolah sebelum mengasari Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung.

Menurut kenyataan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM), Satar Zakaria yang ditularkan di Facebook, kejadian melibatkan guru berusia 52 tahun itu berpunca akibat salah faham.

ARTIKEL BERKAITAN: Disoal ibu duit buku ‘lesap’, murid salahkan ‘chicken chop sedap sangat’

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas murid 'berjiran' dengan guru di wad... sebak tengok pengorbanannya, sakit pun gigih bekerja

Ia susulan tindakan gantung sekolah yang dikenakan ke atas seorang murid yang juga anak saudara kepada penyerang berkenaan.

Manusia zaman sekarang. Akhir zaman dah kita ni. Guru-guru, ustaz tak lagi dihormati.

NETIZEN

"Dua orang lelaki Melayu telah menyerbu masuk ke kawasan sekolah. Kebetulan PKP baru hendak pulang selepas sesi pemantauan kelas tambahan tingkatan lima.

"Dia diheret dan dipegang oleh seorang lelaki Melayu. Berlaku perbalahan mulut antara PKP dan lelaki tersebut.

"Ini berpunca daripada salah faham apabila isteri penyerang memaklumkan bahawa dia diserang oleh PKP sedangkan PKP menelefon isterinya untuk memaklumkan hal yang sebenar.

Perkongsian video itu di laman sosial.

"Ia berkaitan kes gantung sekolah yang mana penjaga perlu hadir untuk menandatangani aku janji bersama pelajar namun pelajar hadir tanpa penjaga," ujar keterangan kes yang dimuat naik ke Facebook.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Facebook dan Twitter turut meninggalkan komen mereka berhubung hal itu.

"Manusia zaman sekarang. Akhir zaman dah kita ni. Guru-guru, ustaz tak lagi dihormati," tulis Mizan Zaid.

"Dekat group Facebook cikgu-cikgu cakap dah settle kes ni. Laporan awal yang di post cakap yang menyerang tu dah mohon maaf. Pak guard takde sebab pak guard sembunyi, katanya dalam laporan tu lah," tulis @ablazeantares di Twitter pula.

Sehingga kini, video berkenaan menerima puluhan ribu tontonan di platform media sosial.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain