suria

Polis kesan pemilik kereta, dua kanak-kanak buat aksi 'Superman'

Aksi lagak ngeri dua kanak-kanak itu menjadi tular di media sosial.

SEBUAH video yang memaparkan dua kanak-kanak melakukan aksi 'Superman' dengan berpaut pada bumbung kereta ketika kenderaan sedang bergerak menjadi tular.

Video itu dipercayai di rakam di Taman Scientax dekat Pasir Gudang, Johor Bahru.

Namun tidak dapat dipastikan tarikh dan masa video berdurasi enam saat itu dirakam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian itu selepas video tersebut dikongsi di Facebook Komuniti Taman Scientex kira-kira pukul 12.43 pagi Ahad.

"Aksi dua kanak-kanak itu dan pemandu amat berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna lain.

"Malah kereta itu juga dilihat melanggar lampu isyarat merah ketika tiba di satu persimpangan jalan," katanya.

Ismal berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit dan dua kanak-kanak yang terlibat dalam insiden itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

"Kami turut memohon kerjasama saksi kejadian atau mereka yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Seri Alam di nombor 07-3864222 bagi membantu siasatan,” kata Ismail.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Superman, Vios, Taman Scientax

Artikel Lain