suria

Selamba ronda klinik, doktor ditegur tak pakai tudung bawal ‘belit-belit’... rupa-rupanya itu ‘sindrom’ pasca PKP - “Saya dah malas”

Para petugas Kementerian Kesihatan yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE) membuat persiapan untuk melakukan saringan Covid-19 ke atas orang awam. Foto Bernama

BANYAK kelonggaran yang diberikan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dibuat secara berperingkat.

Pada masa sama, kerajaan sering kali mengingatkan tentang kebiasaan baharu yang perlu dilalui masyarakat ketika ini meskipun selepas tamatnya PKPB.

Orang ramai kini bersiap sedia memakai topeng muka, membawa cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakkan sosial apabila keluar dari rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri, geli tolak tepi! Doktor kongsi kisah jolok hidung, anak tekak buat ujian Covid-19 - "Segala lubang, muntah kami kena hadap"

ARTIKEL BERKAITAN: "Mereka panggil staf kami anjing, pencacai najis" - Doktor dedah sikap grup ‘'turun dari kayangan', ada petugas terpaksa berundur mengalah

Nampaknya keperluan itu memang diutamakan, sedikit-sebanyak menunjukkan perubahan pada gaya dan penampilan masing-masing hari ini.



Penampilan Dr Sakinah dalam PPE bagi menjalankan saringan Covid-19. Foto Facebook Sakinah Sulong

Seperti seorang doktor, beliau ditegur oleh kakitangan perubatan gara-gara mengubah penampilannya dalam berhijab sehingga kehadirannya tidak disedari, apatah lagi apabila memakai topeng.

"Kak, nak pergi mana tu?" tegur seorang staf sewaktu beliau melakukan rondaan di klinik dengan penampilan baharu tersebut sambil wajah ditutup dengan topeng.

"Mesti mereka ingat saya pesakit. Muka pun bertutup dengan mask. Nampak mata je dua biji," tulis Dr Sakinah Sulong berkongsi pengalamannya di halaman Facebook.

Namun, kakitangan tersebut mula mengecam doktor berkenaan apabila beliau bersuara.

"Doktor, janganlah pakai tudung ni. Mana tudung bawal belit-belit tu? Tak lawa pakai tudung ni, nak pakai tudung ni pakai masa doktor pergi buat sampling je," ujar seorang staf lain, merujuk fesyen tudung yang dipakai ketika bertugas menjalankan ujian saringan Covid-19.



Perkongsian Dr Sakinah di laman sosial mengenai teguran kakitangan perubatan berhubung penampilan baharunya.

Dr Sakinah yang melabelkan situasi kini sebagai pasca Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) berkata, beliau mengakui banyak perubahan yang berlaku dari segi keperluan diri.

"Saya dah malas. Dah gosok tudung bawal, tapi bila nak pakai, malas. Tudung sarung ni jugak yang best.

"Saya lebih pentingkan hand sanitizer, mask dan pen saja bila keluar rumah. Bedak pun lupa nak pakai. Kalau teringat, pakailah lipstick.

"Rasanya saya pun ambil masa nak adaptasi dengan keadaan lepas PKP. Setakat ini, ia mengubah saya untuk berhias setakat yang perlu. Kadangkala langsung tak berhias!

Tak kira apa kesannya, saya doakan kita semua akan teruskan dengan norma baharu.

DR SAKINAH SULONG

"Tangan dan jari pun kosong tanpa barang kemas. Sebab senang bila saya nak basuh tangan dan buat prosedur," tulisnya di halaman Facebook.

Dr Sakinah yang merupakan petugas perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu, ia sekadar satu perubahan kecil pada beliau dan berpandangan bahawa semua pihak turut terkesan dengan pandemik Covid-19.



Dr Sakinah lebih mementingkan aspek keselamatan seperti pemakaian topeng muka dan penggunaan hand sanitizer. Foto Facebook Sakinah Sulong

Beliau turut berharap agar masyarakat meneruskan norma baharu dalam kehidupan dengan menjaga diri masing-masing dengan menitikberatkan aspek kesihatan.

"Tak kira apa kesannya, saya doakan kita semua akan teruskan dengan norma baharu walaupun sudah masuk bekerja.

"Bagi yang bertukar kerja ataupun mengalami perubahan besar dalam hidup, jagalah diri anda. Kesihatan amat penting. Hidup tetap kena diteruskan," tambahnya.

Rata-rata netizen terutama kaum wanita di ruangan komen bersetuju dengan kebiasaan baharu ini, yang mana mereka lebih selesa memakai tudung sarung tanpa sebarang solekan, apa yang lebih penting adalah topeng muka dan hand sanitizer.

"Betullah doktor. Cincin di jari semua menyorok dalam laci. Senang nak pakai hand sanitizer," komen seorang netizen.

Turut menjadi perhatian adalah komen seorang netizen dengan nada bergurau: "Okaylah Dr 'kakak'... kalau 'makcik' rasanya esok Dr start dah pakai shawl Neelofa."

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain