Gadis ini dah tak peduli dipanggil ‘mok’ atau ‘papan’, yang penting angkat tong gas rasa ringan je... ibu pun akui anaknya betul power!

Video Myra mengangkat tong gas mendapat perhatian netizen.

WALAUPUN hanya beberapa aktiviti riadah dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia bukan penghalang untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat di rumah.

Ternyata ramai berkongsi video 'work out' masing-masing di media sosial, namun tindakan seorang gadis yang selamba bersenam dengan mengangkat tong gas antara yang menarik perhatian netizen.

Rata-rata kagum melihat aktiviti riadah gadis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak perlu risau, ‘Coach Mimi Tong Gas’ boleh bantu wanita dapatkan badan montok

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok adik-beradik slim, gadis ini nekad nak kurus... hasilnya melayang 40kg!– “Jauhkan diri daripada mereka yang toksik”

"Macam tak ada apa je dia buat ek. Aku angkat sakit terus pinggang. Dia boleh timang-timang lak eh," kata Ayipp.

"Ngam jadi bini ni, kuat. Mantap moi," kata Kay.

Antara komen netizen yang kagum melihat aktiviti riadah Myra.

Gadis tersebut, Nur Amira Roslin ketika dihubungi mStar berkongsi kisah di sebalik video yang tular itu.

Menurut Nur Amira atau lebih mesra disapa Myra, segalanya bermula apabila abangnya mahu menukar tong gas yang sudah habis di rumah mereka.

"Kebetulan masa saya nak 'work out' tu mak nak masak tapi tiba-tiba gas habis. Saya panggil abang minta dia tukarkan.

"Jadi saya tarik letak tepi, tiba-tiba rasa macam ringan pula tong gas tu sebab kosong.

Ada yang panggil Myra Mok. Niat mereka nak bergurau tapi kalau dah hari-hari kena ejek macam tu terasalah juga.

NUR AMIRA ROSLIN

Jurulatih kecergasan

"Tiba-tiba terfikir idea nak buat content creative. Saje je lah sebab nak galakkan orang buat work out sebenarnya," kata gadis berusia 23 tahun itu.

Myra berkata ibunya turut terkejut dengan tindakannya itu.

"Ada yang tanya mak marah tak? Mak tak marah pun tapi dia macam terkejut.

"Mak just cakap Ya Allah perempuan ini power betul. Alah tong gas tu kosong je sebenarnya," katanya.

Paparan skrin video gelagat Myra selamba mengangkat tong gas yang tular baru-baru ini.

Selain video yang tular itu, Myra yang juga jurulatih kecergasan wanita turut berkongsi beberapa video senaman di Twitternya.

Jelasnya dia mula melakukan senaman sejak 2018 selepas diejek gemuk orang rakan-rakan terdekat dan orang di sekelilingnya.

"Dulu berat badan saya 60 kilogram (kg) kemudian turun kepada 45 kg. Lepas tu sekarang naik balik kepada 65 kg selepas buat weight training.

"Ada yang panggil Myra Mok. Niat mereka nak bergurau tapi kalau dah hari-hari kena ejek macam tu terasalah juga.

"Start dari situ saya buat work out sampailah sekarang. Bila dah kurus orang panggil 'papan', bila buat weight training ada cakap nanti badan macam lelaki pula.

"Jadi benda tu takkan pernah habis. Saya pun ignore jelah apa orang kata. Memang betul kita tak boleh nak puaskan hati semua orang," katanya.

Myra pernah menjadi mangsa body shaming kerana berat badannya ketika itu mencecah 60 kg.

Anak bongsu empat beradik itu juga tidak menjangka video tersebut mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

"Tak expect video tu akan viral sebenarnya sebab saya just nak buat content lebih kreatif supaya orang pun dapat motivasi untuk bersenam lagi-lagi time PKP.

"Ada yang suka ada juga yang komen negatif. Mana yang negatif tu saya abaikan je lah lagi pun saya nak spread positivity di kalangan follower saya," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain