suria

“Siap buat research, pasang target sebelum pergi ke Jepun” - Wow! Baru darjah 5, lukisan bakal animator jadi perhatian

Amir menunjukkan lakaran 'doodle' yang dihasilkannya pada kertas dan sepasang kasut.

BERKALI-kali tengok masih ramai yang tidak mempercayai lakaran dan lukisan doodle pada kasut dan casing telefon pintar yang kini tular di media sosial sebenarnya dihasilkan oleh seorang kanak-kanak.

Percaya atau tidak, begitulah hakikatnya bakat dan kehebatan seorang budak lelaki berusia 11 tahun dengan hasil seni dan kreativitinya persis pelukis profesional!

Beberapa karya si cilik itu turut dikongsi oleh sepupunya di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 13,000 kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Cayalah! Baru 11 tahun tapi bakat mekap taraf profesional, Iris cabar diri idam solek Neelofa

ARTIKEL BERKAITAN: "I love it" - Dua minggu 'tenung' Ben Amir sambil tongkat dagu, akhirnya aktor itu DM nak nombor telefon!

"Tangan keras nak lukis aku ni memang jealous teruk dengan sepupu kecil aku," tulis pengguna Twitter @NuekYakob sehingga menjadi tular.



Casing telefon pintar yang dihiasi dengan lakaran Amir.

Bercakap kepada mStar, bapa kepada kanak-kanak itu, Mohd Abduh Adni berkata, anaknya, Amir Addin mula menunjukkan minat melukis sejak berumur sembilan tahun.

Bapa kepada lima anak itu memberitahu, dia sejak dulu lagi memupuk anak-anaknya supaya meluangkan masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti bersama.

"Seperti Amir, saya bawa dia dengan adik-beradiknya yang lain ke muzium seni termasuk Balai Seni Negara, Galeri Seni Bank Negara dan Muzium Kesenian Islam sejak umur tujuh tahun lagi.

"Dia sendiri ada minat melukis dan berusaha sendiri. Kami sekeluarga memberi sokongan dan dorongan yang terbaik kepada dia," ujar bapa berusia 37 tahun itu kepada mStar.



Antara lukisan yang dihasilkan Amir sepanjang tempoh PKP.

Minat Amir dalam lukisan doodle tercetus pada awal tahun ini dan ia dilakukan secara serius selepas pulang dari bercuti bersama datuk dan neneknya di Jepun, Februari lalu.

Mohd Abduh berkata, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga PKP Bersyarat (PKPB) digunakan sebaik-baiknya oleh Amir mengasah bakatnya sepanjang berada di rumah.

"Masa bercuti bersama datuk dan neneknya di Jepun, Amir ada membeli satu set peralatan melukis di sana.

"Dia dah pasang target nak beli kelengkapan melukis tu sebaik tiba di Jepun. Dia dah buat research siap-siap sebelum pergi," ujarnya yang merupakan penjawat awam.



Amir memberi tumpuan sepenuhnya apabila melukis.

Sejak bakat anak kedua daripada lima beradik itu tular, Mohd Abduh yang menetap di Kajang, Selangor mengakui dia sekeluarga mula menerima banyak tempahan dan tawaran supaya anaknya melukis untuk memperoleh pendapatan sampingan.

Namun katanya, masih terlalu awal bagi Amir untuk melakukannya secara serius berikutan perlu memberi tumpuan kepada pelajaran selain bakat dalam lukisan perlu diasah lagi.

Seperti Amir, saya bawa dia dengan adik-beradiknya yang lain ke muzium seni termasuk Balai Seni Negara, Galeri Seni Bank Negara dan Muzium Kesenian Islam sejak umur tujuh tahun lagi.

MOHD ABDUH

"Anak saya masih baru bermula dengan minatnya dalam lukisan doodle, dan dia belajar sendiri menerusi video-video di laman YouTube.

"Jadi, kalau hendak melukis untuk orang lain sebagai pelanggan, kami perlu pastikan dia benar-benar bersedia untuk melakukannya kerana karya seni melibatkan soal kualiti dan kepuasan pelanggan. Sekarang ni dia melukis untuk saudara-maranya," katanya sambil menambah Amir merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan di Kajang.



Keluarga memberi sokongan kepada Amir (duduk, kiri) dalam bidang lukisan.

Menyifatkan Amir sebagai seorang begitu fokus dan ceria serta aktif bersukan, Mohd Abduh memberitahu, anaknya itu juga memasang impian untuk bergelar animator.

"Dia mula mempelbagaikan konsep dan teknik lukisannya. Sekarang ni dia juga berjinak-jinak untuk belajar dalam animasi. Kali ini target dia nak jadi animator pula," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lukisan, doodle, Amir Addin, animator, bakat, seni

Artikel Lain