suria

Awas hantu durian! Jangan ingat sedap saja, silap hari bulan jadi 'racun' – “Paling mudarat yang beli banyak, poket kalian makin menipis”

Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti saranan pakar nutrisi bagi mengelakkan kesan buruk akibat pengambilan buah durian secara berlebihan. Foto: The Star

SEBUT sahaja durian, pasti terlintas di kepala tentang ulas buahnya yang kuning memikat dengan bau yang cukup menyengat.

Kombinasi tekstur yang lembut dengan rasa yang enak membuatkan ramai orang tidak lokek mengeluarkan belanja yang lebih semata-mata mahu menikmati raja segala buah ini setiap kali musimnya tiba.

Adalah sesuatu yang tidak menghairankan bagi sesetengah penggemar durian apabila mereka sanggup memandu jauh ke luar bandar demi menikmati buah yang segar dari dusun.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak juruterbang terkejut, nanas tak laku bertukar jadi ‘pisang goreng panas’ - “Makan banyak mana pun lidah tak rasa lidas”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa balik kampung tanam jagung selepas kurang job fotografi... anak terkilan grup B40 dianggap tak menyumbang kepada negara

Memang tidak dinafikan, raja segala buah ini mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat tersendiri, sebagaimana perkongsian oleh seorang doktor.

Menerusi satu posting di Facebook, Dr Ahmad Samhan Awang menyenaraikan beberapa khasiat dan manfaat buah ini.

Antaranya, ia sifar kolesterol selain tinggi dengan lemak tidak tepu (lemak baik), tinggi anti oksidan yang membantu memperlahankan proses penuaan dan mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser.



Buah durian mempunyai banyak manfaat, namun ia boleh memudaratkan jika diambil berlebihan. Foto: The Star

Ia juga kaya dengan asid folik dan folate yang mana baik bagi mereka yang mempunyai masalah kurang darah (anemia), tinggi serat dan fiber di mana ia bagus untuk masalah sembelit, dan mengandungi tryptophan yang mana bagus bagi mereka yang mempunyai insomnia, kemurungan dan stres.

"Namun begitu, ia akan jadi racun jika diambil berlebihan. Pakar nutrisi menasihatkan hanya 100 gram atau dua ulas kecil durian setiap hidangan," tulisnya.

Dr Ahmad Samhan juga menceritakan pengalamannya merawat seorang warga emas di mana dia sendiri terkejut apabila melihat paras gula yang dicatatkan oleh pesakit itu.

"Bacaan gula menunjukkan 24 mmol/l. Tinggi sangat!," tulisnya sambil menambah, warga emas itu mengakui memakan lima ulas durian.

"Antara mudarat jika diambil berlebihan adalah buah ini tinggi dengan kalori di mana akan menyebabkan kegemukan.



Pakar nutrisi menasihatkan hanya 100 gram atau dua ulas kecil durian diambil pada setiap hidangan. Foto: Bernama

"Ia juga tinggi kandungan gula dan berbahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai kencing manis dan masalah buah pinggang.

"Boleh menyebabkan gastrik dan badan jadi panas hasil tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman.

"Yang paling mudarat bila dibeli dengan kuantiti yang banyak, poket kalian akan makin menipis," tulisnya dalam nada berseloroh.

Perkongsian tersebut meraih sehingga melibihi 700 shares dan dibanjiri ratusan komen netizen.



Harga buah durian bergantung kepada jenis dan kualiti. Foto: Bernama

"Terima kasih doktor atas info. Sebelum ini akak kalau makan dua biji sekarang dua ulas jer tu pun kalau teringin sangat," tulis seorang netizen.

"Yang makin nipis memang diakui sangat-sangat. Haru biru kalau beli untuk satu family...anak-anak pulak hantu durian," tulis seorang lagi.

"Nasib la dia mahal, kalau murah tak tau laa berapa ramai yang kena penyakit," tulis seorang yang lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
durian, raja buah, hantu durian, gula

Artikel Lain