Bahasa Inggeris tak betul tak jadi masalah buat Tunku Azizah - “Saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya” - Viral | mStar

Bahasa Inggeris tak betul tak jadi masalah buat Tunku Azizah - “Saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya”

Perkongsian Raja Permaisuri Agong menerusi Twitter ternyata menarik perhatian ramai.

DALAM kehangatan isu yang memperdebatkan mutu pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris di negara ini, tweet Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup mencuri tumpuan ramai.

Baginda menerusi Twitter rasmi @cheminahsayang pada Selasa mengakui tidak malu apabila salah dalam penggunaan bahasa Inggeris kerana ia bukanlah bahasa ibunda baginda.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tiada niat perlekeh orang Terengganu...” - Maya Karin mahu mutu pendidikan bahasa Inggeris diberi penekanan

ARTIKEL BERKAITAN: “Fuyuuuuuuuu...” - Sweet! Tunku Azizah kongsi aksi kandid dengan Agong

"Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau bahasa Inggeris saya tidak betul, saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya. Saya anak Melayu," titah baginda.

Perkongsian tweet itu sehingga kini menerima lebih 8,100 ulang kicau (Retweet).

"Pernah dengar tak orang Siam, Indonesia dan Filipina cakap orang putih? Sedap je slang mereka," tulis baginda lagi menerusi ruangan komen posting itu.

Tweet baginda pada Selasa.

Ia pantas menerima reaksi netizen yang turut membanjiri posting berkenaan dengan komen-komen pendapat mereka.

"Tuanku sangat-sangat berjiwa rakyat dan negara. Kita rakyat Malaysia seharusnya bangga dan sentiasa bertutur dalam bahasa ibunda kita.

"Betul tu tuanku Saya pun macam tuanku juga. Bahasa jiwa bangsa.

Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau bahasa Inggeris saya tidak betul, saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya. Saya anak Melayu.

TUANKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH 

RAJA PERMAISURI AGONG

"Bahasa jiwa bangsa. Saya anak Melayu. Daulat Tuanku," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, isu penguasaan bahasa Inggeris itu mula menjadi sebutan setelah satu tweet dimuatnaik pelakon Maya Karin, baru-baru ini.

Maya memuat naik satu tweet mengenai pengalamannya yang bertanya soalan asas dalam bahasa Inggeris kepada seorang budak perempuan berusia 10 tahun di Terengganu.

Paparan skrin tweet Maya Karin.

Bagaimanapun katanya soalan itu hanya dijawab budak perempuan berkenaan selepas dia bertanya dalam bahasa Malaysia.

Selain itu, Maya turut menyebut nama Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk berbuat sesuatu mengenai situasi itu.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, Maya tampil menjelaskan tujuan sebenar dia membuat kenyataan itu.

Kata Maya, dia tidak berniat untuk memperlekehkan mana-mana individu berhubung perkara itu sebaliknya mempersoalkan mengenai mutu pendidikan sebagai fokus utamanya.

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain