“Saya tiada niat perlekeh orang Terengganu...” - Maya Karin mahu mutu pendidikan bahasa Inggeris diberi penekanan

Maya menjelaskan dia tiada niat untuk memperlekehkan orang Terengganu.

NIAT pelakon Maya Karin untuk memberi kesedaran terhadap sistem pembelajaran bahasa Inggeris disalah erti sehingga menerima kecaman hebat di media sosial.

Enggan berdiam diri, Maya Karin atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 40, tampil menjelaskan tujuan sebenar dia membuat kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa saya dikaitkan?” - Maya Karin terkejut nama 'dipetik' punca Nik Nazmi bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Karin nafi, Nik Nazmi 'kunci mulut' punca cerai

Menurut Maya, dia tidak mempunyai niat untuk memperlekehkan mana-mana individu berhubung perkara itu sebaliknya mempersoalkan mengenai mutu pendidikan sebagai fokus utamanya.

"Pertama, saya tiada niat memperlekehkan sesiapa.

"Kedua, saya bukan fokus pada orang Terengganu. Kebetulan saya berbicara di Universiti di Terengganu.

Kenyataan Maya di laman Twitter disalah erti netizen.

"Fokus saya adalah mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar muda kita," ujarnya.

Maya menjelaskan mengenai perkara itu menerusi posting yang dimuat naik di laman Twitter miliknya pada Ahad.

Tambah Maya, status itu juga tidak bertujuan untuk mengagung-agungkan bahasa Inggeris kerana hakikatnya ia menjadi bahasa antarabangsa.

"Kalau kita boleh bercakap pelbagai bahasa, sudah tentu peluang yang ada untuk kita lebih besar... banyak peluang pekerjaan, gaji, status dan juga pengetahuan.

"Tiada kena mengena dengan mengagungkan bahasa kolonial dan bukan berat sebelah dengan bahasa Barat, cuma hakikatnya kini bahasa Inggeris ialah bahasa antarabangsa yang digunakan sekarang.

Tiada kena mengena dengan mengagungkan bahasa kolonial dan bukan berat sebelah dengan bahasa Barat, cuma hakikatnya kini bahasa Inggeris ialah bahasa antarabangsa yang digunakan sekarang.

MAYA KARIN

Pelakon

"Ini mesej yang sepatutnya ditekankan," ujarnya.

Terdahulu, Maya memuat naik Tweet mengenai pengalamannya yang bertanya soalan asas dalam bahasa Inggeris kepada seorang budak perempuan berumur 10 tahun.

Bagaimanapun, dia berasa terkilan apabila soalan itu hanya dijawab budak perempuan berkenaan selepas dia bertanyakan dalam bahasa Malaysia.

Selain itu, Maya turut menyebut nama Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee untuk berbuat sesuatu mengenai situasi itu namun tidak mendapat sebarang respons.

Maya Karin, bahasa Inggeris

Artikel Lain