suria

“Belakang pentas dah tahu, takkan atas pentas nak marah!” - Nabil Ahmad anggap isu gurau kasar tak patut jadi isu

Nabil beranggapan penonton cepat jemu sekiranya sebuah program tidak menyelitkan unsur lawak jenaka.

PENGACARA dan pelawak Nabil Ahmad menganggap sesebuah program televisyen memerlukan jenaka dan gurauan untuk menarik penonton tidak berasa jemu.

Menurut Nabil, 36, gurauan antara selebriti tidak sepatutnya menjadi isu memandangkan perbincangan dan sesi latihan sebelum naik ke pentas sudah dilakukan terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tukar, ‘job’ pun tiada! Nabil hanya bergantung jadi hos dan penyampai radio

ARTIKEL BERKAITAN: Caliph Buskers rayu jangan hina Nabil Ahmad isu hantu

"Bagi saya, dalam sebuah program kalau cakap 'straight foward', boleh jadi bosan. Penonton nak tengok sesuatu yang menarik.

Nabil suka membuat lawak supaya penonton tidak bosan.

"Bergurau antara satu sama lain ini pada saya best, sebab itu saya suka lakukannya. Sepatutnya tak jadi isu pun kalau bergurau sesama artis.

"Sebab kita pun akan jumpa terlebih dahulu, ada perbincangan, sesi latihan dan belakang pentas pun dah berborak. Takkan tiba-tiba atas pentas nak marah," katanya kepada mStar.

Saya sedar diri dan tahu kemampuan saya dalam bidang nyanyian ini. Bukan nak kata hebat tapi saya boleh la menyanyi cuma tidaklah sehebat Alif Satar

NABIL AHMAD

Pengacara dan pelawak

Sebelum ini, Nabil sudah beberapa kali dikecam gara-gara membuat lawak yang dianggap kasar dan tidak sensitif.

Dalam pada itu, Nabil yang kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul LUPK menyedari kemampuan dirinya dalam bidang nyanyian namun sedar tidak sehebat penyanyi dan pengacara Alif Satar.

Bagaimanapun, dia menganggap kehadirannya dalam bidang nyanyian itu sekadar untuk menghiburkan dan memeriahkan lagi industri seni.

Nabil lancar single baharu, LUPK.

"Saya sedar diri dan tahu kemampuan saya dalam bidang nyanyian ini. Bukan nak kata hebat tapi saya boleh la menyanyi cuma tidaklah sehebat Alif Satar.

"Apa salahnya saya mencari peluang yang ada untuk mencuba pelbagai bidang. Bagi saya, bidang nyanyian ini bukanlah fokus utama tapi untuk hiburkan dan memeriahkan lagi industri kita.

"Kalau ada rezeki untuk bertanding itu, Alhamdulillah. Bukan untuk saya seorang sahaja tapi keseluruhan team yang menghasilkan lagu itu," ujarnya.

Nabil Ahmad

Artikel Lain