Kerajaan tukar, ‘job’ pun tiada! Nabil hanya bergantung jadi hos dan penyampai radio

Nabil ceburi perniagaan rokok elektronik.

PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas empat bulan tidak mendapat tawaran kerja awal tahun lalu.

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 36, berkata, kehidupannya hanya bergantung kepada bayaran sebagai penyampai radio dan hos program MeleTOP.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasanya tak beri kesan pun” - Nabil Ahmad

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pening’ punya hal, Nabil Ahmad ditawar jadi duta produk sakit kepala

“Sejujurnya sejak tukar kerajaan, saya akui memang perjalanan kerjaya sedikit terjejas. Permulaan tahun 2019 sukar untuk saya sekeluarga. 

Empat bulan Nabil tiada tawaran.

“Empat bulan saya duduk rumah, tak ada job disebabnya semua job yang saya dah lock dari tahun lalu dibatalkan atas faktor tertentu. Kebanyakan tawaran yang saya terima melibatkan majlis atau acara kerajaan terdahulu. 

“Jadi, sepanjang empat bulan itu saya hanya bergantung pada bayaran jadi penyampai radio dan pengacara MeleTOP. Ketika itu memang saya hanya kerja hari Selasa sahaja, pagi di radio manakala malam di program MeleTOP pula,” katanya kepada mStar. 

Nabil ditemui ketika majlis pelancaran produk LUPK, LUPKTV dan single terbaharu berjudul LUPK di Vaporboy di Kajang pada Isnin.

Nabil cari peluang dalam bisnes.

Disebabkan perkara itu, Nabil berkata, dia mula mencuba nasib dalam bidang bisnes vape yang kini sedang menjadi trend anak muda.

Namun, dia sedar, perniagaan dan produk itu bukan untuk golongan kanak-kanak bawah umur. 

“Alhamdulillah karier seni saya dah okay dan berjalan seperti biasa. Sebab itulah, saya kena cari jalan untuk melabur duit dan sekarang pula memang tengah trend, jadi saya ambil peluang itu. 

“Tapi fokus saya hanya pada pengguna saja dan kehadiran saya dalam perniagaan ini pun bukan untuk mempengaruhi sesiapa. Bagi saya, perkara ini lebih kepada kesedaran diri” ujarnya.

Nabil Ahmad

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain