suria

“Rasanya tak beri kesan pun” - Nabil Ahmad

Nabil Ahmad kini memberi fokus kepada bidang penulisan skrip dan penerbitan program serta drama.

PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad mengakui sudah lama tidak mengambil tawaran lakonan kerana buat masa ini dia lebih memfokuskan kepada kerja di belakang tabir.

Menurut Nabil, 35, dia tidak bimbang sekiranya ada peminat sudah melupakan hakikat dia seorang pelakon kerana selama ini juga lakonannya tidak meninggalkan kesan kepada penonton.

"Jujurnya memang sudah agak lama saya tidak berlakon kerana selain sibuk dengan tugas sebagai pengacara saya juga kini giat dengan aktiviti di belakang tabir seperti menulis skrip dan menerbitkan program.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pening’ punya hal, Nabil Ahmad ditawar jadi duta produk sakit kepala

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak harapkan kerjaya seni, Nabil Ahmad sudah fikir mahu berundur


Nabil bersama isteri dan dua anak perempuan mereka. 

"Saya rasa kalau tak berlakon pun tidak meninggalkan implikasi yang besar... Saya berlakon cerita apa yang orang ingat? Rasanya tidak beri kesan pun," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Nabil, dia terbuka untuk kembali berlakon sekiranya ia bersesuaian dengan jadualnya selain faktor watak diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia kini sudah mempunyai beberapa skrip yang dihasilkannya sendiri untuk dijadikan drama atau telefilem tidak lama lagi.

Nabil berkata, dia kini giat dalam kerja-kerja belakang tabir kerana mahu memajukan dirinya dalam bidang seni kerana tidak mahu berada di takuk lama.

Saya berlakon cerita apa yang orang ingat? Rasanya tidak beri kesan pun!

NABIL AHMAD 

Pelawak & Pengacara

"Berlakon, melawak, mengacara malah menyanyi pun sudah... Jadi saya mahu gunakan pengalaman yang ada untuk perkara lain dan itu termasuklah menerusi penulisan skrip dan pengarahan.

"Saya juga ada misi dalam karier saya, saya tidak mahu hanya dikenali sebagai pelawak dan pengacara tetapi seorang yang versetil dalam pelbagai perkara.

"Alhamdulillah pengalaman dan sedikit ilmu yang saya ada saya salurkan menerusi penulisan skrip dalam menerbitkan lebih banyak program atau drama pada masa akan datang," katanya.

Nabil Ahmad

Artikel Lain