suria

[V] Teruja tengok murid pekak belajar muzik, siap tekap telinga dekat speaker keyboard... Tapi ada pula yang tegur langgar fitrah!

Cikgu Amirah percaya pelajar pendidikan khas juga mempunyai potensi untuk berjaya.

PERBEZAAN keupayaan tidak membataskan pelajar pendidikan khas untuk meneroka ilmu.

Justeru cabaran itu tentunya dipikul insan bergelar guru yang tidak pernah jemu menyampaikan ilmu walau dalam apa jua situasi dan keadaan.

Hal sama turut menjadi asas pegangan guru muda, Amirah Adilah Abdul Karim atau Cikgu Amirah, 24, untuk mengajar subjek muzik kepada murid pekak di sekolah tempatnya berkhidmat.

Ya, subjek muzik untuk murid cacat pendengaran!

Ujar Cikgu Amirah baru sahaja mengajar selama 11 bulan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut, Terengganu, sungguhnya subjek tersebut dianggap melanggar fitrah bagi golongan berkenaan namun ia mampu membantu merangsang deria mereka.

“Mengajar orang pekak adalah melawan fitrah mereka... ia sering menjadi tanggapan orang awam.

“Namun saya bukannya nak jadikan mereka penyanyi, semua itu adalah ilmu yang saya cuba sampaikan bagi merangsang deria mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar lelaki bertumbuk dalam kelas, cikgu Sejarah bingkas cekup anak murid! Eh, rupanya cikgu kena ‘prank’

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu Hafiz jadi hero! Selamba hayun rak besi pecah pintu asrama... Pelajar perempuan bersorak gembira selepas 2 jam terkurung

“Tapi kalau minat nak jadi penyanyi, saya boleh sahaja nak bantu beri panduan," kata Cikgu Amirah yang berasal dari Kuantan, Pahang ketika dihubungi mStar.

Cikgu Amirah merupakan guru berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Cheras.

Namun begitu, dia tetap berkeyakinan untuk menyahut cabaran mengajar murid pendidikan khas cacat pendengaran mahupun yang mempunyai masalah pembelajaran.

Cikgu Amirah menggunakan kaedah menyeronokkan untuk mengajar murid pendidikan khas.

"Apabila diberikan tugas untuk mengajar, semestinya kita tak boleh nak tolak peluang tersebut.

“Saya banyak bertukar pendapat, bertanya dan merujuk kepada cikgu-cikgu lain tentang cara terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

“Saya pun masih belajar tentang muzik, tapi ia bukanlah masalah besar untuk saya kerana semua ini untuk murid-murid saya juga,” katanya.

Apabila diberikan tugas untuk mengajar, semestinya kita tak boleh nak tolak peluang tersebut.

AMIRAH ABDILAH

GURU PENDIDIKAN KHAS

Terdapat pelbagai artikel, kajian dan filem berkaitan muzik untuk orang pekak yang menjadi bahan rujukan Cikgu Amirah dalam usahanya mendalami ilmu tentang orang kurang upaya.

“Sebelum saya memohon untuk mengambil kursus ini di IPG (Institut Pendidikan Guru), saya langsung tiada pengetahuan tentang pendidikan khas.

“Apabila masuk ke institusi, para pensyarah banyak membantu dan beri pendedahan tentang pendidikan khas.

Murid penglihatan terhad dengan alat teknologi bantu belajar.

“Yalah, tak kenal, maka tak cinta,” ujarnya.

Cikgu Amirah juga berkongsi bahawa murid-murid merupakan sumber inspirasi dan kekuatannya untuk sentiasa memperbaiki cara pengajarannya.

“Alhamdulillah, disebabkan sekolah saya di bawah organisasi pendidikan khas, kelengkapan istimewa seperti pembesar video untuk mengajar murid cacat penglihatan semua disediakan.

Terdahulu satu video menunjukkan Cikgu Amirah begitu bersemangat mengajar subjek muzik kepada murid-muridnya di dalam kelas meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

Antara komen netizen.

Komen para netizen juga kebanyakannya menyokong semangat cikgu Amirah mengajar pelajar-pelajar pendidikan khas.

“Nak menangis kalau dapat cikgu macam ini. Terima kasih cikgu untuk sesiapapun yang cikgu didik. Terima kasih.

“Terus semangat cikgu, ini salah satu terapi sebenarnya untuk anak-anak ini. Ia akan membantu, tiada satu pun ilmu yang akan sia-sia.

“Terbaik cikgu! Saya pernah buat bengkel menari dengan sekolah pendidikan khas. Mereka sangat bagus menari, banyak potensi,” ujar seorang pengguna TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain