suria

Siang kerja bank, malam jadi gelandangan di masjid! Hari-hari perah keringat demi bayar hutang, gaji RM3,000 tak cukup

Pegawai bank yang dibebani hutang tidak mampu menyewa rumah mahupun bilik. -Gambar hiasan

KESELESAAN bekerja antara impian dan syarat yang ditetapkan sesetengah individu sehinggakan mereka tidak mengendahkan aspek kebajikan.

Malah ada yang sanggup berkhidmat puluhan tahun di sesebuah organisasi meskipun tidak ditawarkan kenaikan tahunan atau pangkat.

Seperti yang dikongsikan pelayar Facebook Rahimi Mustafa, seorang kakitangan bank dilihat tidur di masjid kerana tidak mampu untuk menyewa rumah mahupun bilik.

Mengakui terkejut dengan situasi tersebut, ujarnya, individu berkenaan dikatakan menghabiskan seluruh gaji bagi membayar hutang.

"Kita ingat dengan gaji RM3,000 sangat besar. Tapi sebenarnya RM3,000 tu kalau tinggal di Kuala Lumpur, dalam kategori miskin bandar.

Perkongsian seorang pelayar Facebook mengundang reaksi warganet.

Perkongsian seorang pelayar Facebook mengundang reaksi warganet.

"Kalau ada peluang buat kerja part time, buatlah kerja part time," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto troli penuh, pelanggan banding harga barang dua pasaraya... Tiba-tiba bos Mydin balas komen, siap minta ‘PM tepi’ resit pembelian

ARTIKEL BERKAITAN: Suka-suka ‘update status’ gambar mesin jahit, tak sangka bapa mentua tengok... Terus dapat hadiah, jadi asbab mula bisnes menjahit

Malah Rahimi turut menyarankan supaya orang ramai mencari pekerjaan lain sekiranya syarikat sekarang hanya menawarkan kenaikan gaji yang rendah..

"Baik pergi risik syarikat lain yang boleh bagi best offer. Hidup ni hanya sekali, tak perlu nak setia sangat pada syarikat yang bekerja sekarang kalau kenaikan gaji tiada dan kenaikan pangkat pun tak ada," katanya meninggal pesanan.

Pandangan yang diutarakannya itu turut dipersetujui warganet.

Selain berkongsi cerita tentang kesukaran hidup dengan gaji rendah, rata-ratanya beranggapan bahawa kesetiaan kepada syarikat adalah tidak wajar sekiranya kebajikan pekerja tidak dijaga dengan baik meskipun bekerja dalam keadaan selesa.

Saya executive bank pun memang tiada simpanan... tak tahu kat mana yang silap.

NETIZEN

Ini kerana, setiap individu berhak membuat pilihan sendiri dan menikmati kehidupan dengan lebih baik dalam segala aspek.

"Hidup kita pilihan kita. Terlampau selesa, aku pernah jumpa terlalu setia... gaji naik RM20 setahun pun tunggu.

"Sebab itu saya decide untuk resign. Hidup hanya sekali, so i choose to be happy... rezeki Allah dah janji, jangan risau. Kau setia pun tak ada orang appreciate.

"Tak guna setia pada satu-satu syarikat, ada peluang keluarlah," luah beberapa netizen.

Tidak kurang juga yang menyelar individu berkenaan kerana mempunyai bebanan hutang yang banyak.

Malah ada yang menyifatkannya sebagai 'selera' besar kerana mempunyai bebanan hutang yang tinggi berbanding pendapatan.

Sebahagian komen netizen.

Sebahagian netizen yang meninggalkan pandangan masing-masing.

"Apa yang saya nampak... keinginan lagi besar daripada gaji, makan nak sedap saja. Saya cakap untuk diri sendiri, gaji memang tidak sempat simpan.

"Kalau bukan keperluan yang mustahak tak payah buat hutang... saya duduk kampung, ramai yang susah," ujar beberapa netizen lagi.

Pun begitu, apa yang lebih mengejutkan apabila terdapat beberapa individu yang pernah bekerja sebagai pegawai bank turut mengakui kesukaran hidup yang dialami.

Ada juga yang mengakui tidak berjaya membuat simpanan kewangan untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan.

"Saya executive bank pun memang tiada simpanan... tak tahu kat mana yang silap. Pergi kerja semata-mata bayar komitmen.

"Ni realitinya, tapi tak semua bank... ada bank yang kenaikan memang banyak, bank ni ada komersial atau DFI (Institusi Kewangan Pembangunan). Biasa, bank komersial bagi kenaikan gaji okay tetapi kerja jangan cerita la.

"Realiti kehidupan, apabila orang tahu kerja bank... terus orang perli banyak duit. Mampu tersenyum sendiri di sudut hati yang paling dalam," luah sekumpulan pekerja bank.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain