suria

Tak tahu jawab soalan, murid ini lukis ‘voice note’ untuk cikgu... Ramai panas hati budak sekolah berani main-main, tak lawak langsung!

Seorang guru berkongsi mengenai kertas soalan yang dijawab pelajar.

LAIN yang ditanya, lain pula yang dijawab.

Begitulah yang terjadi pada kertas peperiksaan kepunyaan seorang pelajar yang mengkehendakinya menjawab soalan berdasarkan novel yang dikaji di tingkatan satu.

"Berdasarkan novel Sejambak Bakti, jelaskan tiga nilai berserta contoh peristiwa yang sesuai," menurut soalan yang memperuntukan nilai sebanyak 10 markah.

pelajar jawab soalan 5

Perkongsian seorang guru meraih pelbagai reaksi.

Namun bukan jawapan yang ditulis, sebaliknya ruangan tersebut diisi dengan lakaran menyerupai imej mesej suara atau voice note di telefon pintar.

Kesal dengan sikap pelajar berkenaan, seorang guru dikenali sebagai Izzudin berkongsi foto kertas peperiksaan itu di Twitter.

"Tak lucu ya apabila murid jawab macam ni. Pendidikan kita di tahap serius (bahaya).

ARTIKEL BERKAITAN: Kena cop biadab, pelajar Form 2 perjelas tindakan conteng kertas exam, kemudian tayang di Twitter

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Percubaan tanya jawapan daripada guru gagal, murid guna teknik 'tradisi' baling pemadam jawab soalan exam

"Penguasaan asas subjek teras makin merudum. Peratusan murid cicir meningkat," tulis guru berkenaan.

Kata Cikgu Izzudin lagi, dalam konteks pendidikan, soalan seperti yang diajukan sepatutnya boleh dijawab denga baik oleh pelajar.

"Dalam konteks pendidikan, tak patut soalan macam ni tak boleh jawab. Part Komponen Sastera (Komsas) sepatutnya boleh skor.

Banyak kes budak tak motivated langsung... pergi sekolah untuk kacau kawan, main-main.

NETIZEN

"Jadi bila mana soalan macam ni pun budak (pelajar) tak mampu nak jawab, ada sesuatu tidak kena," katanya yang mengakui sedih dan turut bersetuju bahawa ia merupakan krisis nasional.

Pada 2000, Komsas diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu di semua sekolah menengah seluruh negara.

Setakat ini. ciapan guru berkenaan di laman Twitter @k_izzuddin diulang kicau lebih 9,700 kali.

pelajar jawab soalan 4

Antara komen netizen memberi pandangan masing-masing.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen termasuk ada yang mengaitkan dengan bimbingan ibu bapa termasuk motivasi pelajar.

"Katakan mereka baca tapi tak ingat, cuma tulis je nilai murni yang memang biasa macam baik hati, bertimbang rasa, membantu orang dalam kesusahan.

"Itu semua elemen yang biasa ada dalam novel-novel untuk remaja. Buku apa pun akan terapkan nilai-nilai macam tu. Dapat juga markah daripada lukis benda tu.

"Ini menunjukkan budak-budak sekarang, mereka dah tak minat membaca, nak mengkaji, selidik, buat huraian, berfikir dengan fakta. Sebab apa, sebab ini algorithm daripada video pendek di TikTok dan YouTube.

A form 5 student (from left) Yuvaraja,18, Kumamaraj,18, and Thines,18, had a time to do discussion for upcoming SPM exam after back from school at Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh. — FAIHAN GHANI/The Star

Orang ramai menyuarakan kebimbangan tentang sistem pendidikan semasa. -Gambar hiasan

"Mereka lebih suka subjek teras tu dalam bentuk visual, itu yang jawab soalan lukis bukan-bukan," kata beberapa netizen.

Dalam pada itu ada juga yang mengaitkan situasi berkenaan sebagai impak kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika Covid-19 melanda dunia.

"Soal penguasaan asas subjek semakin merudum atau pelajar makin tak nampak kepentingan subjek atau belajar? Sejak kebelakangan ini (selepas PKP dua tahun) saya dapat banyak kes budak tak motivated langsung. Memang pergi sekolah untuk kacau kawan, main-main.

"Pendidikan bermula dari rumah. Mak bapa sibuk dengan urusan masing-masing, lepaskan anak-anak dengan gajet, jadikan mereka kurang minat belajar. Tindakan pelajar ini tak lawak langsung.

"Jadi mereka kurang minat belajar. Pergi sekolah pula cikgu tak boleh nak jentik dah budak-budak ni. Kalau tak, kena saman," demikian antara beberapa lagi komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain