suria

[V] Tak sampai hati tengok, pemuda ini borong semua keropok jualan budak lelaki... Lagi sedih tak pandai kira pakai kalkulator

Mamat menjual keropok di hadapan sebuah kedai serbaneka.

KETIKA orang lain sibuk bersekolah dan bermain, kanak-kanak berusia 11 tahun ini mengorbankan usia mudanya dengan berniaga.

Sebagaimana diceritakan seorang lelaki di TikTok, dia pada mulanya terjumpa kanak-kanak ini menjual keropok di hadapan sebuah kedai serbaneka di pekan Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.

Lebih sayu apabila kanak-kanak ikut kelihatan tertidur sementara menunggu pelanggan dalam cuaca hujan lebat serta guruh sabung menyabung.

“Tadi saya jalan mahu beli barang. Hujan kuat (lebat) dan ada ribut petir lagi.

“Ternampak budak ni menjual di kaki lima. Macam sudah penat dan dia duduk depan 7 Eleven.

“Saya dekat (hampiri) dia. Dia cerita datang jual keropok setiap hari ikut pakcik dia,” tulis pemilik akaun TikTok @lopez.budak.baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Borong nasi lemak niat nak bantu peniaga, tapi terpaksa buang semua! Pelanggan ajar cara betul guna daun pisang untuk bungkus makanan

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu saya tiada duit” - The Rock borong coklat di kedai serbaneka, tebus kesalahan curi semasa remaja

Setelah dihampiri, kanak-kanak itu memperkenalkan dirinya sebagai Mamat dan menetap di Sepanggar, kira-kira tujuh kilometer dari Menggatal.

Atas dasar simpati dan mahu melancarkan urusan kanak-kanak itu berniaga, individu berkenaan mengambil keputusan untuk memborong semua keropok goreng jualan Mamat.

Gara-gara pelanggan berkenaan membeli dalam jumlah yang banyak, Mamat yang tidak bersekolah tanpa segan silu mengakui dia tidak tahu untuk mengira harga keseluruhan keropok berkenaan.

Lebih sayu, Mamat juga mengakui tidak pandai menggunakan kalkulator yang terdapat di telefon bimbit miliknya.

Tangkap layar menunjukkan suasana hujan sewaktu rakaman dibuat.

“Dia tidak bersekolah dan hanya pandai membaca sedikit-sedikit. Lepas tengok dia, saya decide untuk beli semua keropok dia.

"Dia tak pandai tekan kalkulator, akhirnya saya yang kirakan,” cerita individu itu lagi.

Setelah dikira, kesemua 21 bungkus keropok itu berharga RM51.

Selain membayar harga keropok yang dibeli, lelaki prihatin itu menghulurkan wang tambahan sebanyak RM10 kepada Mamat untuk kegunaannya membeli makanan.

Suka tengok adab dia apabila berbicara... ikhlas saja dia cakap dia tak sekolah.

NETIZEN

“Orang tertentu sahaja akan faham bila semua jualan untuk hari tu habis terjual,” katanya lagi.

Perkongsian individu itu meraih perhatian netizen hingga video perbualannya dengan Mamat meraih lebih 2.7 juta tontonan di TikTok.

Selain lebih 163,000 pengguna meninggalkan tanda suka, ia turut dibanjiri hampir 9,000 komen yang rata-ratanya berterima kasih kerana sudi meringankan tanggungjawab Mamat pada hari berkenaan.

Komen netizen di TikTok.

“Terima kasih bro. Pada adik hensem akak doakan kamu berjaya dunia dan akhirat. Suka tengok adab dia apabila berbicara. Ikhlas saja dia cakap dia tak sekolah.

“Sedih tengok anak-anak seperti ini. Terpaksa membantu keluarga menjual. Semoga Allah pelihara anak ini.

“Alangkah indahnya kalau ramai lagi insan yang mempunyai hati suci ikhlas membantu penjual kecil macam ni supaya mereka lebih bersemangat,” kata beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain