suria

“Dulu saya tiada duit” - The Rock borong coklat di kedai serbaneka, tebus kesalahan curi semasa remaja

Dwayne Johnson borong semua coklat Snickers untuk tebus kesalahan lalu.

TINDAKAN pelakon The Rock membeli semua coklat jenama Snickers di sebuah kedai serbaneka di Amerika Syarikat menarik perhatian peminat dan netizen.

The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson, 50, berkata dia memborong makanan ringan itu kerana mahu menebus tindakannya semasa remaja pernah mencuri coklat bersama beberapa rakan.

"Ketika umur 14 tahun, saya selalu datang ke kedai 7-Eleven untuk mencuri coklat Snickers sebab saya suka dengan coklat ini.

The Rock beri coklat Snickers secara percuma kepada pelanggan

"Waktu itu saya tiada duit untuk membelinya. Jadi saya terpaksa mencuri," katanya.

Pelakon Jumanji itu membeli semua jenis perisa coklat Snickers dan memberikan kepada pelanggan yang datang secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN: The Rock jadi tumpuan paparazi, cium anak Daniel Craig

ARTIKEL BERKAITAN: The Rock tak minat bertanding jadi presiden Amerika, lebih suka habiskan masa bersama anak-anak

"Saya beli semua jenis coklat Snickers sebab saya rasa bersalah dan sekarang saya sudah mempunyai wang untuk membelinya," katanya.

Sementara itu, Dwayne juga sempat berseloroh kepada pekerja kedai 7-Eleven dan membayar barangan yang dibeli oleh pelanggan.

"Biar saya yang bayarkan barang yang dibeli oleh pelanggan.

The Rock bergambar bersama pekerja kedai berkenaan dan peminat

"Kalau awak ada nampak sesiapa yang ingin mencuri coklat Snickers, beri sahaja kepadanya," katanya sambil berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain