suria

HyunA dan DAWN putus selepas 7 tahun bercinta... Kekal jadi sahabat baik

HyunA dan DAWN kini sudah berpisah.

PASANGAN popular Korea, HyunA dan DAWN mengumumkan sudah berpisah selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.

Hyuna, 30, bagaimanapun memberitahu dia dan DAWN masih kekal bersahabat baik dan menjadi rakan sekerja.

"Kami sudah putus. Kami memutuskan untuk kekal menjadi sahabat dan rakan sekerja yang baik mulai sekarang," katanya.

HyunA memberitahu perkara itu menerusi perkongsiannya di Instagram.

aa

HyunA dan DAWN kini hanya bersahabat.

Dalam pada itu, pelantun suara Trouble Maker itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong perhubungan mereka.

"Terima kasih atas sokongan anda kerana sentiasa ingin melihat kami bahagia," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dawn fobia dengan taktik HyunA - "Sangat menakutkan apabila dipanggil dengan nama penuh"

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick bawa diri ke Eropah, cari ketenangan selepas kecoh putus cinta

Pengumuman ini mengejutkan ramai peminat kerana HyunA dan DAWN baharu sahaja mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.

Rata-rata peminat kecewa mendengar berita tentang hubungan mereka yang telah disahkan berpisah oleh penyanyi itu sendiri.

"Selepas ini, saya tidak percaya bahawa cinta itu wujud di dunia ini.

"Kita harus hormat keputusan mereka. Kami sayang kamu.

"Saya turut berduka cita mendengar khabar ini. Diharap kamu berdua baik-baik sahaja," tulis netizen.

Untuk rekod, pasangan ini menjalinkan hubungan sejak 2016 secara tertutup dan percintaan mereka mula dihidu peminat secara umum pada 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain