suria

Janna Nick bawa diri ke Eropah, cari ketenangan selepas kecoh putus cinta

Puteri Sarah terserempak dengan Janna di lapangan terbang.

PELAKON dan penyanyi Janna Nick membawa diri ke luar negara bagi mencari ketenangan selepas memuat naik status menggambarkan status hubungannya dengan aktor Dini Schatzmann sudah berakhir.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, memberitahu ingin mencari ketenangan di negara Eropah ketika bertemu secara tidak sengaja dengan aktres Puteri Sarah Liyana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.

"Cari ketenangan... cari ketenangan di Eropah okay," katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah menerusi Instastory miliknya memberitahu terserempak dengan aktres tersebut dan memintanya menjaga diri di tempat orang.

553 (1)

Janna dan Dini dikatakan sudah berpisah.

Janna yang kelihatan sugul dan memakai kaca mata hitam turut dilihat memeluk Puteri Sarah ketika mereka bertemu.

"Boleh pula terjumpa Janna Nick dekat lapangan terbang. Jaga diri di mana mu berada nanti. Love you," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick beri gambaran hubungan sudah berakhir, ‘unfollow’ Instagram Dini Schatzmann - “Cinta kita telah berakhir selamanya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Done tambah hutang” - Hasil kerja keras, Janna Nick beli rumah baharu

Terdahulu, Janna Nick menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila memuat naik hantaran seakan-akan memberi gambaran cinta mereka sudah berakhir.

"Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya," tulisnya.

Janna turut unfollow Instagram Dini namun aktor itu masih mengikuti akaunnya.

Untuk rekod, Janna dan Dini mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain