suria

Raisa hasilkan lagu berdasarkan pengalaman hidup… seronok kisah putus cinta boleh buat duit!

Raisa seronok hasilkan lagu berdasarkan pengalaman hidup.

PENYANYI Indonesia, Raisa memberitahu bahawa setiap lagu yang dihasilkan untuknya berdasarkan pengalaman dan situasi yang pernah dilalui olehnya.

Raisa atau nama sebenar Raisa Andariana, 32, berkata ada di antara lagunya diilhamkan semasa dunia dilanda pandemik Covid-19 dan berkisahkan mengenai kehidupan termasuklah kekecewaan cinta.

“Inspirasi itu datang dari pelbagai, tapi semua dari pengalaman sendiri. Kalau album it’s personal... itu berkisah tentang pandemik.

Lagu Raisa berinspirasikan pengalaman hidup.

“Masa pandemik semua orang berada di rumah dan memikirkan tentang kehidupan. Itu album yang paling memberi kesan kepada saya kerana melibatkan keluarga dan hal-hal penting.

“Album sebelum ini tentang saya putus cinta dan kesemuanya melibatkan patah hati. Tapi bagus kerana boleh buat duit dengan kelukaan itu dan lagu-lagu sebelum ini pula tentang cinta monyet sewaktu remaja,” katanya.

Dalam pada itu, Raisa juga berkongsi keterujaan apabila berpeluang menjayakan konsert pertama kali di Kuala Lumpur pada 20 November depan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tolong jangan marahnya lagi” - Raisa minta henti serang Nabil Ahmad, guna bahasa Inggeris sebab takut tersalah maksud

ARTIKEL BERKAITAN: Raisa mengaku cepat cemburu, pernah ‘spotcheck’ telefon suami sebab curiga - “Saya menyesal... lebih baik tak payah tahu”

Pada konsert itu nanti sebanyak 20 buah lagu akan dipersembahkan sekaligus berharap dapat mendekatkan peminat dengan dirinya.

"Menerusi konsert ini saya tidak mahu terlalu bereksperimentasi dengan susunan lagu yang baharu, sebaliknya saya nak kekalkan keaslian lagu yang saya bawakan kerana saya nak peminat mengenali saya dengan lebih dekat.

"Saya ingin jadikan konsert ini sebagai proses perkenalan saya bersama peminat yang meminati saya sepanjang lebih sedekad berada dalam dunia seni.

Raisa teruja nak jumpa peminat di Malaysia.

"Jujurnya saya memang tak sabar nak jayakan konsert ini kerana sudah lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert berskala besar di sini,” katanya.

Bukan itu sahaja, dia memberitahu bahawa segala persiapan sudah hampir siap malah turut bersyukur apabila konsert tiketnya juga hampir habis dijual.

"Segala persiapan sudah hampir sempurna dan saya sudah senaraikan lagu-lagu yang bakal dibawakan nanti," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain