suria

Hanya nampak muka putih melepak dalam gelap, influencer Izubiela disangka hantu - “Kau buat apa kat situ 1.30 pagi?”

Prank Izubiela tular di laman sosial.

PERSONALITI media sosial Izubiela Zaffmarekan tidak menyangka video eksperiman sosial yang dirakamkan tular sebelum dia sendiri sempat berkongsi di laman sosial miliknya.

Izubiela yang kini bergelar penyanyi berkata, menerusi video tersebut dia duduk bersendirian memakai pakaian berwarna gelap di sebuah hentian bas di sekitar Shah Alam.

Namun dia tidak menyangka video eksperimen berbentuk gurauan (prank) tersebut dikongsikan mangsa terlebih dahulu dengan pengguna TikTok sehingga meraih hampir sejuta tontonan.

Rakaman Izubiela ketika menjadi hantu.

"Sebenarnya saya tak sangka mangsa dikenali sebagai Amirul berkongsi video rakamannya sendiri di media sosial sehingga ramai membincangkan perkara misteri yang berlaku.

"Sebelum Amirul, ada beberapa mangsa termasuk dua wanita kena prank tetapi selepas rakaman krew kami mendekati mereka dan beritahu ia hanya gurauan," katanya.

Dalam pada itu, usahawan itu tidak mengambil hati dengan pelbagai komen netizen sebaliknya hanya mampu tergelak kerana pelbagai tekaan dibuat terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lana Nodin ‘sporting’ layan soalan peminat, dedah punca hidung macam Michael Jackson

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas presiden tak ‘hormat’ orang single, peminat cemburu lihat kemesraan Najwa Latif dan Akwa Arifin

Antara komen lucu apabila ada memanggilnya hantu putih melepak, bunian namun menyifatkan ia sekadar gurauan.

"Saya tak sangka video yang tersebar itu tular sedangkan rakaman sebenar belum saya kongsi lagi di media sosial dan hanya tergelak apabila ada orang panggil saya hantu putih melepak, bunian dan macam-macam lagi," ujarnya.

Tambah Izubiela, sebelum rakaman itu tular, dia juga terkejut apabila video nyanyiannya turut meraih perhatian Youtuber antarabangsa, Nephi.

7678687

Izubiela teruja nak jadi penyanyi.

Izubiela terkejut apabila Nephi memberi reaksi positif terhadap video tersebut dan memuji dia mempunyai kebolehan menyanyi.

"Perkara itu menyuntik semangat saya untuk berusaha lebih baik sebagai seorang penyanyi.

"Kebetulan saya juga baru tampil dengan single Biasa Dia bersama Cat Farish dan berharap ia diterima pendengar dan memeriahkan industri muzik," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain