suria

Dawn fobia dengan taktik HyunA - “Sangat menakutkan apabila dipanggil dengan nama penuh”

HyunA panggil DAWN dengan nama sebenar jika kekasihnya itu melakukan kesalahan.

LIMA tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi HyunA mendedahkan dia selalu memanggil teman lelakinya yang juga penyanyi Dawn dengan gelaran sayang.

Bagaimanapun HyunA memberitahu, panggilan itu akan berubah dengan digantikan nama sebenar Kim Hyo Jong jika kekasihnya ada melakukan sesuatu kesalahan.

"Selalunya saya akan panggil dia dengan gelaran jagi (sayang) tapi kalau saya tangkap dia melakukan sesuatu yang salah, saya akan panggil dia 'Hyo Jong'. Dia akan terus tahu apabila saya buat begitu," kata HyunA.

HyunA berkongsi mengenai hubungan cinta dengan penyanyi itu ketka menjadi tetamu dalam sebuah program berjudul My Ugly Duckling baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dawn mengakui dia akan mula berasa bimbang dan memikirkan kesalahan yang dilakukan apabila buah hatinya mula memanggilnya menggunakan nama penuh.

"Apabila dia mula panggil saya dengan nama betul, tiba-tiba dalam kepala saya akan fikir macam-macam. Saya mula akan fikir semula apa yang saya lakukan sepanjang hari.

"Kalau saya ada buat sesuatu yang salah, mesti dia akan panggil saya dengan nama betul. Sangat menakutkan apabila dipanggil dengan nama penuh," ujar Dawn. - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain