suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mengagumkan! Lukisan Salman Khan sertai pameran seni bersama karya legenda Raja Ravi Varma

Hasil lukisan Salman bakal dipamerkan di pameran seni di Bengaluru.

PELAKON Salman Khan mengakui dia berasa kekok dan malu tapi dalam pada masa sama gembira serta teruja apabila hasil lukisannya akan dipamerkan di pameran seni di Bengaluru.

Salman menerusi Twitter berkata hasil karyanya akan dipamerkan bersama pelukis dan legenda hebat seperti Raja Ravi Varma, Abanindranath Tagore dan VS Gaitonde.

"Kekok, malu tapi berasa gembira, bangga, istimewa dan teruja dapat mempamerkan karya saya bersama pelukis dan legenda yang hebat.

"Dengan sepenuh hati, terima kasih atas penghormatan ini," tulis Salman.

Dalam perkembangan lain, filem terbaharu lakonan Salman yang berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai bakal mula ditayangkan selepas sambutan Hari Raya Aidiladha.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain