suria

Agnez Mo pernah rancang bertunang dengan Deddy Corbuzier, tapi tak jadi - “Kami juga sudah beli cincin”

Agnez dan Deddy pernah rancang nak kahwin selepas dia tamat belajar.

PENYANYI Agnez Mo mengakui dia dan bekas kekasihnya iaitu pelakon dan pengacara Deddy Corbuzier pernah merancang untuk bertunang ketika mereka sedang hangat bercinta.

Memetik laporan Liputan6, Agnez memberitahu mereka juga mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas dia menamatkan pelajaran.

Bagaimanapun, perancangan itu tidak dapat diteruskan disebabkan mereka berdua berdepan dengan masalah kehidupan dan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

"Ketika itu, hubungan kami memang sangat serius malah sudah mempunyai perancangan untuk bertunang. Kami juga sudah membeli cincin. Perancangan untuk bernikah selepas saya tamat belajar.

"Tapi disebabkan ada masalah yang kami tak dapat nak kongsikan, perancangan itu tidak dapat diteruskan. Mungkin pada ketika itu, kami tak mampu lagi nak perbaiki hubungan.

"Hubungan kami putus bukan disebabkan masalah itu, tapi mungkin disebabkan masing-masing berdepan dengan masalah kehidupan," kata Agnez.

Sebelum ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Matahariku itu mendedahkan Deddy merupakan kekasih pertamanya dan hubungan cinta mereka bertahan selama tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Artikel Berkaitan

Artikel Lain