suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Shah Rukh Khan tunai umrah pertama kali... peminat sebak dan menangis

SRK ambil peluang tunai ibadah umrah selepas jalani penggambaran di Arab Saudi.

BINTANG terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) dilihat mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali pada Khamis.

Video SRK memakai ihram di Tanah Suci Makkah tular dan rata-rata peminat turut meluahkan rasa gembira kerana impian pelakon itu akhirnya termakbul.

"Saya sangat gembira melihat Shah Rukh Khan menunaikan ibadah umrah. Semoga doa dan ibadah kamu diterima Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa 6 jam tangan mewah, Shah Rukh Khan kena bayar cukai RM39,000 kepada kastam India

"Saya rasa mahu menangis melihat video ini.

"Sebab itu wajah dia bersinar dalam temu bual baru-baru ini. Semoga Allah terima ibadahnya,” komen netizen.

Memetik laporan Hindustan Times, pelakon itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem berjudul Dunki di Arab Saudi dan dia turut menghadiri Festival Filem Laut Merah baru-baru ini.

Menerusi video yang tular itu, SRK juga dilihat mendapat kawalan ketat beberapa orang pengawal peribadi sebelum masuk ke Masjidil Haram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain