suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tular foto Leonardo DiCaprio dikelilingi model cantik... Peminat tertanya status hubungan dengan Gigi Hadid

DiCaprio dilihat sedang berbual mesra dengan seorang model wanita.

KEHADIRAN pelakon Leonardo DiCaprio di sebuah pesta di Miami, Amerika Syarikat mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat berbual mesra dengan beberapa model terkenal.

Menurut sumber seperti yang dipetik PageSix, aktor berkenaan datang seorang diri tanpa ditemani Gigi Hadid yang dikatakan rapat dengannya sebelum ini.

Walaupun memakai pelitup muka, bentuk fizikal dan perwatakan DiCaprio masih boleh dikenali oleh tetamu yang hadir pada acara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai seminggu kembali solo, Leonardo DiCaprio kini tagih cinta Gigi Hadid

"Dia berbual dengan wanita cantik di mejanya. Orang-orang di kawasan VIP itu cuba untuk mendekati dia," jelas sumber berkenaan.

Pelakon filem Titanic itu dikatakan tiba selepas pukul 12 tengah malam dan meninggalkan premis berkenaan dua jam selepas itu.

Ketiadaan Hadid menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat tentang status sebenar hubungan mereka selepas dikatakan mula rapat sejak September lalu.

Leonardo DiCaprio sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Camila Morrone namun berpisah selepas empat tahun bersama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain