suria

Tiket konsert Melly Goeslaw laris, tak sampai sejam dah ‘sold out’

Tiket konsert Melly Goeslaw di Kuala Lumpur sold out.

BELUM pun 24 jam, tiket konsert penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw 'Ada Apa Dengan Melly? (AADM)' sudah habis terjual.

Penganjur konsert berkenaan, Iman Tang meluahkan rasa syukur di atas sambutan hebat yang diberikan oleh peminat di Malaysia.

"Tiket sudah habis dijual. Syukur Alhamdulillah Jumaat Barakah. Terima kasih semua teman-teman di Malaysia kerana sambutan luar biasa untuk Melly.

"Sampai jumpa di Kuala Lumpur," katanya.

melly1 - 1

Melly menerima sambutan luar biasa daripada peminat di Malaysia.

Iman berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram.

Konsert Melly Goeslaw bakal berlangsung di pada 3 Januari 2023 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Konsert New Boyz 'sold out' dalam masa 24 jam, Tomok dedah keluar wang sendiri demi hiburkan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 3 tiket konsert Noah selepas DM Ariel, Zeera Azizi kesal netizen tuduh 'ada udang di sebalik batu'

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal kerana tidak sempat membeli tiket konsert tersebut.

Malah, ada yang mendakwa tiket habis dijual seawal lima minit selepas dilancarkan.

"Tak sampai lima minit, tiket harga RM288 dah habis dijual. Tiket RM300 lebih pun sama sold out.

"Tunggu dari awal tapi kenapa bila dah buka, tiket dah habis dijual?

"Tak ada rezeki sedihnya nak beli tiket dekat mana ni?" tulis netizen.

Tiket konsert berkenaan bermula harga RM288 sehingga RM1588 dan mula dijual pada Jumaat pukul 3 petang.

melly2 - 1

Konsert yang dianjurkan bakal membawa konsep 'back to school'.

Berkongsi tentang konsert yang bakal dianjurkan, Melly sebelum ini memberitahu dia begitu kagum dengan muzik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Kata Melly, konsert yang diadakan nanti merupakan satu apresiasi tertinggi terhadap seniman berkenaan.

"Memang ramai penganjur cuba melamar saya sejak dulu, jadi saya tetapkan dua syarat sekiranya suatu hari ingin mengadakan persembahan di sini.

"Antaranya mengizinkan saya untuk memberi penghargaan kepada P Ramlee yang banyak melahirkan runut bunyi filem seperti mengikut cara saya dan syarat itu dipersetujui oleh penganjur konsert, Iman Tang," ujarnya.

Untuk info, konsert AADM bakal tampil dengan konsep yang mewajibkan penonton memakai pakaian bertemakan sekolah sebagai kod pakaian rasmi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain