suria

Dapat 3 tiket konsert Noah selepas DM Ariel, Zeera Azizi kesal netizen tuduh ‘ada udang di sebalik batu’

Zeera Azizi terima tiket konsert Noah.

PELAKON Zeera Azizi tidak menyangka tindakan menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram Ariel berhubung tiket konsert kumpulan Noah pada Sabtu lalu mendapat respon daripada penyanyi itu.

Zeera atau Nurazeera Azizi, 26, berkata, Ariel memberinya tiga tiket jemputan khas di mana dia dapat menonton konsert serta bertemu Noah di belakang pentas.

"Pada mulanya saya tidak mahu lagi membeli tiket kerana bimbang ketika tarikh konsert saya perlu bertugas namun selepas mendapat jadual kerja, kebetulan saya cuti tetapi tiket pula sudah sold out.

"Memang sudah tertulis rezeki saya agaknya. Saya sebenarnya cuba nasib sahaja. Tak sangka Ariel beri tiga tiket 'Guest' di mana dapat menonton konsert dan bertemu mereka di belakang pentas.

zeera1 - 1

Zeera ketika menghadiri konsert Noah pada malam Sabtu.

"Saya cuba-cuba sahaja menghantar DM kepada Ariel, itu pun pada petang hari konsert dan memang tak sangka Ariel membalas dan memberi tiket," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zeera yang kini seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan memberitahu itu bukan kali pertama mereka berinteraksi di Instagram.

Sebaliknya, mereka pernah berkomunikasi sekitar dua tahun lalu selepas dia membuat video lagu cover Menghapus Jejakmu nyanyian kumpulan Noah.

ARTIKEL BERKAITAN: Diberhentikan kerja sebagai pramugari, Zeera Azizi fokus kerjaya seni - "Sedih tapi syukur masih ada pendapatan lain"

ARTIKEL BERKAITAN: Neera, Zeera Azizi Ke Stadium Lagi Malam Ini, Nak Intai Siapa?

Tanpa diduga, nyanyiannya itu mendapat perhatian Ariel atau Nazril Irham, 41, yang membalas mesej dihantar kepadanya.

"Sebenarnya masa tempoh PKP pada 2020 saya memang pernah berkomunikasi dengannya di Instagram dan tidak menyangka Ariel membalas DM dengan mengatakan 'Cheers for us'. Sejak itu, saya ada juga berinteraksi dengannya di Instastory," jelasnya.

Sementara itu, Zeera menyangkal dakwaan netizen mengatakan dia menerima tiket tersebut disebabkan 'ada udang di sebalik batu' dan meminta orang ramai tidak berfikiran negatif.

zeera2 - 1

Sempat bertemu Noah dibelakang pentas.

Malah Zeera turut bimbang jika Ariel membaca komen-komen tersebut sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap sikap rakyat Malaysia.

"Sedih saya baca komen netizen yang kata bukan-bukan. ada yang kata saya guna kabel, ada pula tuduh saya buat perkara tak elok demi dapatkan tiket.

"Saya harap netizen fikir dulu sebelum berkata-kata," ujarnya.

Untuk rekod, Zeera sebelum ini pernah membintangi beberapa buah drama seperti Setelah Terlafaznya Akad, Love Elsa dan Jiwa Wanita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain