suria

HyunA dituduh curang dan pernah gugurkan kandungan, DAWN pula mahu ambil tindakan undang-undang

DAWAN masih anggap HyunA sebagai insan istimewa.

SELEPAS mengumumkan perpisahan dengan DAWN, timbul spekulasi menuduh penyanyi HyunA pernah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika mereka masih bersama.

Lebih buruk lagi, tersebar gosip mendakwa HyunA pernah menggugurkan kandungan ketika dia dibangku persekolahan.

Enggan cerita buruk itu terus diperkatakan, DAWN memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu menyebarkan berita palsu mengenai bekas teman wanitanya tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: HyunA dan DAWN putus selepas 7 tahun bercinta... Kekal jadi sahabat baik

"Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap orang yang pengecut, berfikiran kotor dan menyebarkan berita palsu.

"Walaupun kami sudah berpisah, HyunA masih lagi seorang yang istimewa buat saya. Dia ikhlas berbanding orang lain... sebagai rakan artis saya akan terus beri sokongan kepadanya," tulis DAWN di Instagram.

Sebelum ini, HyunA memberitahu mereka masih lagi sahabat baik meskipun hubungan cinta yang terjalin sejak tujuh tahun lalu sudah berakhir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain