suria

Pinkan Mambo desak Rizky Billar cerai Lesti Kejora, dakwa kembali bersama kerana harta 

Pinkan Mambo dakwa Rizky tidak tulus mencintai Lesti

PENYANYI Indonesia iaitu Pinkan Mambo mendesak Rizky Billar agar menceraikan isterinya, Lesti Kejora selepas dia terlibat dalam isu keganasan rumah tangga sebelum ini.

Pinkan membuat desakan itu kerana mendakwa Rizky tidak ikhlas mencintai Lesti dan memilih berkahwin dengan penyanyi berkenaan disebabkan wang.

"Saya tahu Rizky tidak suka dengan Lesti dan saya ada memberitahunya kalau tidak cinta, berterus terang sahaja.

Pinkan nasihat Lesti untuk lebih berhati-hati selepas kejadian itu berlaku

"Daripada matanya saya dapat baca dia hanya suka Lesti kerana wang.

"Lesti memang wanita yang kaya.. Jadi sebab itu Rizky memilih berbaik semula dengannya selepas isu keganasan rumah tangga mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar belajar ilmu agama, mahu bawa keluarga tunai umrah

ARTIKEL BERKAITAN: Berpindah ke rumah lebih kecil, Rizky Billar dan Lesti Kejora didakwa alami masalah kewangan

Memetik laporan okeCelebrity, penyanyi lagu Kekasih Yang Tak Dianggap ini turut menasihati Lesti supaya lebih berhati-hati dengan lelaki.

"Saya nak nasihatkan Lesti jangan obses dengan lelaki dan ingat, kejadian yang berlaku sebelum ini pengajaran buatnya agar lebih berhati-hati," katanya.

Pasangan itu sebelum ini menjadi perhatian apabila Lesti membuat laporan polis terhadap suaminya atas dakwaan dipukul Rizky.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain