suria

Blackpink bakal muncul dengan program realiti terbaharu 'Born Pink Memories'

Blackpink bakal muncul dengan program realiti terbaharu.

KUMPULAN k-pop popular, Blackpink bakal muncul dengan program realiti terbaharu selepas melancarkan teaser pertama pada 1 Disember lalu.

Blackpink mengejutkan peminat mereka dengan pelancaran teaser B.P.M yang merupakan singkatan bagi 'BORN PINK MEMORIES' di saluran YouTube rasmi mereka.

Memetik laporan Soompi, berita itu disahkan sendiri oleh syarikat pengurusan YG Entertainment secara rasmi mengumumkan B.P.M bakal menjadi program realiti pertama kumpulan k-pop itu selepas program terdahulu mereka, 24/365 With BLACKPINK.

bp1 - 1

Teaser yang dilancarkan di YouTube.

Menurut agensi berkenaan, B.P.M akan membawa peminat melihat sendiri persiapan di sebalik tabir promosi terbaharu kumpulan itu bagi album terbaharu mereka BORN PINK.

"Blackpink akan mempamerkan sisi semula jadi, berbeza sekali daripada personaliti mereka ketika membuat persembahan di atas pentas.

"Selain rakaman di sebalik tabir daripada aktiviti mereka, Blackpink juga akan berkomunikasi bersama peminat secara dekat menerusi episod yang akan disiarkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Benjolan di bahagian leher dikhuatiri kanser limfoma, peminat gesa Jisoo Blackpink buat pemeriksaan kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya orang muda ibu Lisa Blackpink jadi perhatian, kagum lihat hubungan akrab mereka

Sementara itu, rata-rata peminat sudah tidak sabar menantikan program realiti terbaharu kumpulan k-pop popular ini.

"Saya sudah tidak sabar untuk menonton. Saya seorang gadis Afrika yang belajar bahasa Korea semata-mata untuk memahami setiap program mereka.

"Yeah, tak sabar nak tunggu. Akhirnya, Blackpink muncul lagi dengan program realiti," tulis netizen.

Bagaimanapun, bilangan episod dan tarikh siaran untuk program realiti itu masih belum dikongsi dan akan diumumkan kemudian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain