suria

Benjolan di bahagian leher dikhuatiri kanser limfoma, peminat gesa Jisoo Blackpink buat pemeriksaan kesihatan

Peminat perasan benjolan di leher Jisoo ketika buat persembahan.

PEMINAT Jisoo Blackpink meluahkan rasa bimbang apabila melihat terdapat benjolan kecil di bahagian leher bintang kpop berkenaan.

Soompi melaporkan mereka meluahkan rasa bimbang sekiranya benjolan itu petanda kepada kanser limfoma apatah lagi gaya hidup dan jadual yang padat membuatkan kumpulan itu terdedah kepada pelbagai penyakit.

Disebabkan itu, peminat menggesa pihak pengurusan Jisso iaitu YG Entertainment menghantar penyanyi berkenaan membuat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan benjolan itu bukan kanser.

285780063_132361586090395_3705442075426054072_n

Benjolan di leher Jisoo cemaskan peminat.

Peminat juga berpendapat Jisoo bersama anggota lain Blackpink yang lain tidak mendapat rehat mencukupi disebabkan jadual mereka yang padat dan meminta agensi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink dedah sikap pelik, gemar mandi hanya separuh badan

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink seronok berlakon, bawa watak berbeza daripada karakter sebenar

Sementara itu, YG Entertainment dalam respon segera kepada peminat menjelaskan Jisoo berada dalam keadaan baik dan meminta mereka tidak bimbang akan kesihatannya.

"Tiada sebarang masalah dengan kesihatan Jisoo, malah Blackpink kini sedang berada di Amerika bagi konsert jelajah Born Pink," kata wakil agensi berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial gambar memaparkan benjolan di bahagian lehernya ketika sedang membuat persembahan di sebuah konsert yang membuatkan peminat bimbang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain