suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jisoo Blackpink seronok berlakon, bawa watak berbeza daripada karakter sebenar

Jisoo kongsi mengenai wataknya dalam drama terbaharu.

AHLI kumpulan Blackpink iaitu Jisoo berkongsi mengenai wataknya iaitu Young Ro menerusi drama terbaharu Snowdrop yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Memetik laporan Soompi, Jisoo mendedahkan dia tidak berasa kekok melakonkan watak tersebut yang dilihat berbeza dengan karekter dirinya.

Malah, dia mengucapkan terima kasih kepada kru produksi yang banyak membantunya dalam menjayakan watak tersebut.

"Sebabkan kehidupan Young Ra dengan Jisoo sangat berbeza antara satu sama lain. Saya sebenarnya tidak nampak diri menjadi keliru.

"Malah, ketika saya sampai di set penggambaran, semua orang melayan saya seperti Young Ro daripada Jisoo.

"Terima kasih kepada mereka, saya dapat menumpukan perhatian menjadi Young Ra, jadi saya sangat berterima kasih kepada kru," katanya.

Jisoo bergandingan dengan aktor terkenal Jung Hae In menerusi drama yang bakal ditayangkan pada 18 Disember depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain