suria

[VIDEO] Kubur Vanessa Angel rosak teruk gara-gara jadi 'content' media sosial... ibu bapa terpaksa doa dari luar pagar

Kubur arwah Vanessa dan suami dikunci.

KUBUR Allahyarham Vanessa Angel dan Bibi Ardiansyah yang terletak di Tanah Perkuburan Umum Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta terpaksa dikunci.

Perkara ini berikutan kubur pasangan suami isteri itu yang menjadi viral mengalami kerosakan teruk akibat tindakan orang ramai yang tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan pemandu arwah Vanessa Angel... Rupa-rupanya ini yang berlaku 1 jam sebelum kemalangan

Keadaan kubur mengalami kerosakan disebabkan orang ramai dan YouTuber yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar, selfie dan membuat ‘content’ untuk media sosial mereka.



Adik ipar Vanessa Angel, Frans Faisal, menerusi video memperlihatkan orang tuanya yang duduk di luar pagar sambil berdoa dan melihat dari jauh.

“Tak pernah terfikir dalam perjalanan hidupku, melihat orang tuaku duduk dengan tatapan kosong seperti begini," tulisnya.

Dalam posting itu, Frans mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menziarahi pusara kakaknya, namun meminta orang ramai untuk menghargai dan tidak merosakkan pusara itu.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan. - KAPANLAGI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain