suria

Romantik! Taylor Lautner kongsi foto melutut lamar kekasih

Taylor kongsi foto saat romantis melamar tunangnya.

PELAKON Hollywood Taylor Lautner mengumumkan telah bertunang dengan wanita pilihannya Tay Dome pada Khamis lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Taylor berkata segala apa yang dia inginkan telah dilaksanakan.

"11.11.2021, semua keinginan yang aku hajatkan telah menjadi kenyataan," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Taylor Lautner bertunang dengan Tay Dome.Taylor lamar kekasihnya pada 11 November lalu.

Pelakon Twilight ini melamar tunangnya dalam keadaan romantik melutut sambil menunjukkan cincin pertunangan.

Taylor melamar tunangnya itu dengan berlian potongan bujur yang direka khas dari Ring Concierge.

Terdahulu, sebelum bercinta dengan tunangnya ini, Taylor pernah menjalin hubungan dengan selebriti popular seperti Maika Monroe, Taylor Swift, Lily Collins dan Selena Gomez.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Taylor Lautner, Tay Dome, bertunang

Artikel Lain