suria

Pengakuan pemandu arwah Vanessa Angel... Rupa-rupanya ini yang berlaku 1 jam sebelum kemalangan

Pemandu mengaku beberapa kali main telefon.

PEMANDU Allahyarham Vanessa Angel iaitu Tubagus Joddy mengaku dia sempat bermain telefon sebelum kenderaan yang dipandunya mengalami kemalangan.

Joddy mengakui menggunakan telefon beberapa kali sehingga berlaku kemalangan maut yang meragut nyawa Vanessa dan suaminya Febri atau Bibi Andriansyah pada 4 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Vanessa Angel mengaku main telefon, memandu laju... siap ‘update’ Instastory sebelum kemalangan

Salah satu perkara yang dilakukan Joddy ialah menghubungi orang tuanya pada pukul 11.55 pagi iaitu kira-kira sejam sebelum kemalangan.

Bukan itu sahaja, Joddy juga dipercayai aktif di media sosial dan memuat naik beberapa instastory di Instagram miliknya.

“Hasil pemeriksaan kami, keterangan yang sudah diambil membuktikan dia memang bermain telefon.

“Di media sosial ada terus berbual dengan bapanya pada pukul 11.55 pagi... bererti ketika dia sedang memandu,” ujar pihak polis dalam satu kenyataan seperti dipetik Detik.Com.

Atas kecuaian itu, Joddy disabitkan di bawah Pasal 310 Ayat 2, Ayat 4 tentang UU Lalu Lintas dan Jalan Raya dan Pasal 331 ayat 5 tentang kelalaian menyebabkan Vanessa Angel meninggal dunia.

"Dalam perjalanan menuju TKP sekitar 30 minit. Jadi, di situ boleh dikatakan Joddy bermain handphone ketika memandu.

“Itu untuk bukti bahawa dia melakukan dengan sengaja, kegiatannya membahayakan orang lain," kata kenyataan itu.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain