suria

Jisoo Blackpink dedah sikap pelik, gemar mandi hanya separuh badan

Jisoo gemar amalkan mandi separuh badan.

BINTANG kpop Jisoo Blackpink mendedahkan sikap pelik gemar mandi dengan membersihkan separuh bahagian badannya.

Jisoo mendedahkan dia hanya mencuci bahagian dari paras pinggang ke bawah setiap lima ke enam kali dalam seminggu.

"Saya hanya mandi dan mencuci bahagian bawah badan setiap lima hingga enam kali dalam seminggu," katanya.

279624585_369026258591044_7109273773600514016_n

Jisoo akui suka bersenam sejak akhir-akhir ini.

Perkara itu dikongsi Jisoo menerusi temu bual bersama majalah Marie Calrie Korea ketika ditanya mengenai rahsia yang tidak diketahui peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Obses dengan Blackpink, Lucinta Luna harap peminat suka penampilan sebagai Jisoo

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink seronok berlakon, bawa watak berbeza daripada karakter sebenar

Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan penyanyi itu bukanlah tidak mencuci bahagian atas badannya.

Sebaliknya, Jisoo gemar merendam separuh badan dalam air yang telah dicampur minyak terapi dan juga garam laut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI