suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PnB Rock ditembak mati di restoran, penyamun kesan lokasi melalui perkongsian IG

Rock mati ditembak penyamun.

BERITA penyanyi rap, PnB Rock yang ditembak mati oleh seorang perompak di sebuah restoran di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Selasa lalu mengejutkan ramai pihak.

Menurut laporan polis, semasa kejadian Rock atau nama sebenarnya Rakim Hasheem Allen, 31, berada di restoran berkenaan bersama seorang sahabatnya.

Dipercayai perompak berkenaan mengetahui lokasi Rock berdasarkan satu perkongsian di Instagram.

Malah, penjenayah itu juga sudah merancang untuk merompak barangan kemas yang dipakai penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Joseon Survival Period’ ditemui tak bernyawa, sempat tinggal nota untuk peminat

"Rakim Allen berada di sana bersama seorang teman secara tiba-tiba diserang oleh perompak ketika dia sedang menikmati makanannya.

"Dia ditembak dan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan barangan kemas yang dimiliki.

"Siasatan masih dijalankan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dapat membantu menyelesaikan kes ini," kata wakil polis seperti yang dipetik dari CNN.

Perompak berkenaan dikatakan melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang sudah menunggu di luar restoran namun arah laluannya gagal di kesan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia