suria

Pelakon popular China kantoi langgan pelacur! Tak fasal-fasal jenama terkenal batal kontrak kerjasama

Li Yifeng mengaku melanggan pelacur beberapa kali.

PELAKON terkenal dari China iaitu Li Yifeng ditahan pihak polis Beijing selepas didakwa melanggan pelacur berulang kali.

Menerusi laporan South China Morning Post, pelakon berusia 35 tahun itu didakwa telah mengunjungi rumah pelacuran, namun perkara itu disangkal oleh pihak agensi.

Agensi tampil berkata tuduhan tersebut hanya ingin menjatuhkan reputasi pelakon berkenaan.

Jenama terkenal tamatkan kontrak bersama Li Yifeng.

Sementara itu, sumber mendedahkan Li Yifeng telah membuat pengakuan kepada pihak berkuasa bahawa dirinya melanggan pelacur beberapa kali.

Malah, bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan telah mengesahkan perkara itu.

"Individu tersebut mengaku melanggan pelacur beberapa kali dan kini berada dalam tahanan reman," kata sumber.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh tangga di set drama, Jung Chae Yeon patah tulang selangka dan alami gegaran otak

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kesan perubahan wajah, Gwen Stefani diminta henti buat pembedahan plastik

Susulan pernahanan tersebut, berberapa jenama terkenal seperti Prada, Sensodyne dan firma perbuatan tradisional telah menamatkan kontrak kerjasama dengan pelakon berkenaan.

Untuk makluman, dalam undang-undang negara China, melanggan pelacur merupakan satu kesalahan dan boleh berdepan hukuman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain