suria

[V] Pengantin bersanding atas ‘stretcher’ temui ajal selepas sebulan kahwin, isteri reda ujian Allah - “Rest elok-elok ya, tunggu I dekat sana”

Usia perkahwinan Marha dan suaminya belum masuk satu bulan.

KISAH pasangan pengantin yang berkahwin walaupun si suami terlantar sakit di atas pelamin pernah mencuri tumpuan ramai pada November lalu.

Namun tidak sampai sebulan melayari bahtera perkahwinan, wanita bernama Siti Marha Azuar berdepan ujian apabila suami, Mohd Hashmi Arifin meninggal dunia akibat barah otot (Leiomyosarcoma) tahap empat pada Rabu.

Berita sedih pemergian arwah dikongsikan Siti Marha di TikTok pada pagi Khamis.

"Mohon doakan suami saya, Mohd Hashmi Arifin," tulisnya ringkas pada kapsyen video berkenaan tanpa menyatakan waktu pemergian suaminya.

Dalam video berdurasi 28 saat yang dikongsikan itu, beberapa individu lelaki dilihat keluar daripada rumah sambil mengusung keranda yang kemudiannya dimasukkan ke dalam van jenazah.

Allahyarham Mohd Hashmi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kapar, Klang, Selangor.

Hashmi ketika kelihatan masih dalam keadaan sihat disamping Marha.

"Tiada lagi kata-kata cinta dapat saya dengar daripada awak sayang... rest elok-elok ya, tunggu I dekat sana," kata Siti Marha pada posting terbaharu bagi berkongsi tentang pengebumian arwah suaminya.

Arwah meninggal dunia tujuh hari selepas menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-36 pada 1 Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pesakit kanser masuk dewan guna stretcher, terlantar bersanding di pelamin... tetamu sebak, pengantin perempuan tetap senyum

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita reda bergelar ‘pengantin tak jadi’! Bakal suami mesej tak mahu nikah 3 hari sebelum majlis, pujuk pun ‘tak jalan’

Untuk rekod Siti Marha dan Mohd Hashmi berkahwin pada 12 November lalu.

Berdasarkan video yang dikongsikan sebelum ini, Mohd Hashmi hanya terlantar di atas pelamin pada majlis perkahwinannya di Iman Iris Grand Hall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya sangka boleh ajar awak sampai tak perlu pakai tongkat tapi apakan daya kita nak tolak takdir.

SITI MARHA AZUAR

ISTERI

Pada 5 Disember, Siti Marha sempat berkongsi video kompilasi ketika suaminya mendapatkan rawatan di hospital.

Pada kapsyen video tersebut Siti Marha yang dipercayai seorang petugas kesihatan memberitahu dia sangat merindui momen ketika bertemu suaminya di hospital.

"How I missed this moment. Saya kenal awak sebab nak tolong awak pulih balik.

Marha berkongsi gambar sekitar pengebumian suami.

"Ajar awak berjalan dari walking frame ke elbow crutches.

"Kemudian saya sangka boleh ajar awak sampai tak perlu pakai tongkat tapi apakan daya kita nak tolak takdir. Keadaan awak tak mengizinkan," tulisnya dalam video tersebut.

Hashmi dan Marha ketika berada di hospital.

Rata-rata netizen turut bersedih dan bersimpati dengan ujian yang menimpa Siti Marha.

Selain menitipkan doa, mereka turut meninggalkan pesanan agar wanita ini terus tabah menjalani dugaan besar atas kehilangan suaminya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain