suria

Langgar ‘pantang’, pelajar trauma bilik diceroboh tetamu tak diundang... akui ‘monyet UKM memang bijak’

Monyet menceroboh masuk bilik pelajar UKM.

PAGI yang hening boleh bertukar haru-biru apabila munculnya haiwan berkaki empat ini.

Bukannya si bulus ataupun tikus mondok, sebaliknya si monyet yang menganggu ketenteraman!

Begitulah apa yang dilalui seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila kolej kediamannya diceroboh haiwan tersebut.

Dalam satu video tular di TikTok, Preti Kaur Gill, 21, sempat merakamkan detik mencemaskan itu apabila biliknya 'digeledah' si monyet.

"Dekat UKM ini memang banyak monyet sejak dulu sebab ini memang habitat dia. Dah bertahun-tahun dah.

"Pokok-pokok dekat sini pun dah tebal macam hutan, Tak ada apa yang boleh dibuat..

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Monyet merajuk tepi bangunan macam putus cinta, main tarik tali apabila pemuda datang pujuk - “Dia tengah healing tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Monyet curi CCTV kilang, pemilik terkejut selepas lihat bukti rakaman

"Monyet ini sebenarnya nak makanan je. Kebetulan dekat depan blok kolej kediaman kami ni ada tong sampah, jadi monyet akan datang situ untuk cari makanan," ujar Preti.

Menurut Preti, serangan monyet ini akan memuncak di sebelah pagi kerana itu adalah waktu 'sarapan' mereka.

Mengimbas semula kejadian itu, Preti berkata semuanya bermula apabila rakannya terlupa untuk menutup tingkap bilik.

Kalau balik dari luar ada bungkus makanan, letak dalam plastik hitam supaya monyet tak nampak.

PRETI KAUR GILL

"Dekat sini ada satu pantang larang, tingkap bilik memang kena tutup kalau nak keluar mana-mana.

"Jadi kebetulan hari tu, kawan saya nak keluar dan dia lupa tutup tingkap. Dan saya tengah ada dalam bilik sebab ada kerja nak buat.

"So not a big deal. Tapi tiba-tiba monyet itu datang dan semua jadi kelam-kabut," kata Preti yang merupakan pelajar tahun kedua kursus Komunikasi Media.

Monyet 'menjajah' kawasan kafeteria pelajar.

Menurut Preti, dia tidak tahu-menahu bila monyet itu memasuki biliknya tetapi apabila sedar dia sudah berada di atas kabinet.

"Saya macam takut waktu itu sebab monyet tu ada tinggi dari atas kepala saya. Takut dia lompat terus terkam saya.

"Saya cepat-cepat ambil phone dan gajet lain sebab risau nanti monyet tu nampak dan bawa lari. Sambil tu sempat rakam sebab nak tunjuk dekat parents dan kawan apa yang jadi.

"Lepas tu saya terus ambil penyapu dan halau dia, monyet tu pun lari. Barang yang rosak pun cuma ada satu, mask yang dia gigit tu," ujarnya.

Monyet mencuri makanan di UKM.

Kejadian itu diakui menyebabkan dirinya trauma kerana dia kini 'seram' untuk berdepan dengan monyet di kawasan kolej.

"Sebelum ini saya berani kalau jumpa monyet. Kawan-kawan saya yang takut monyet pun akan panggil saya teman mereka kalau nak lalu tempat ada monyet.

"Tapi lepas kejadian tu saya dah takut. Lebih berhati-hati kalau jumpa monyet. Tak seberani dulu," kongsi Preti.

Preti memberitahu kejadian serangan monyet di UKM ini sudah tidak asing lagi kepada pelajar dan mereka harus sentiasa berwaspada.

Monyet di kolej kediaman pelajar UKM.

"Mereka cuma nak makanan je. Jadi kalau dekat bilik, makanan kena simpan dalam locker dan almari.

"Kalau balik dari luar ada bungkus makanan, letak dalam plastik hitam supaya monyet tak nampak.

"Monyet ni deria bau tak kuat tapi mata dia sangat tajam. Kalau plastik merah atau lut sinar, makanan tu akan jelas kelihatan jadi dia akan kejar kita.

"Monyet UKM ni memang bijak, dia boleh bezakan apa yang makanan dan apa yang bukan makanan. Dia akan terus target," kata Preti.

Preti menasihatkan pelajar yang bakal menyambung pelajaran di UKM untuk membiasakan diri dengan kehadiran monyet kerana ia sudah menjadi sebahagian dari kehidupan di kampus.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain