suria

[V] Monyet merajuk tepi bangunan macam putus cinta, main tarik tali apabila pemuda datang pujuk - “Dia tengah healing tu”

Lelaki ini cuba membawa monyet ke tempat selamat walau tidak mendapat kerjasama.

BUKAN sahaja manusia, haiwan juga mempunyai perasaan.

Mungkin ekspresi yang ditunjukkan tidak seperti seorang manusia, namun bahasa badan haiwan juga sebenarnya mempunyai maksud.

Dalam satu video yang tular di laman TikTok, dapat dilihat seorang pemuda cuba 'memujuk' seekor monyet untuk pergi ke tempat selamat.

Ketika itu monyet berkenaan sedang duduk di bahagian tepi atas bumbung bangunan sambil merenung jauh seolah-olah memikirkan tentang permasalahan hidup.

Risaukan keselamatan si monyet yang berisiko terjatuh ke bawah, pemuda itu cuba memujuk dan memimpinnya ke tepi.

Tangan lelaki itu disambut seketika tetapi kemudiannya ditepis pula oleh monyet itu.

Monyet itu juga sempat berjalan beberapa langkah sambil berpaut pada tangan pemuda berkenaan tetapi kemudian mengubah fikiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Monyet dilanggar motosikal, tersepit pada tayar... tindakan orang awam menyentuh hati netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Monyet liar ‘culik’ bayi dalam pelukan bapa, bawa ke tempat tinggi sebelum lempar ke bawah sehingga meninggal dunia

Monyet itu seperti bermain tarik tali dengan pemuda tersebut, mula-mula setuju untuk mengikut tapi kemudiannya merajuk semula.

Tidak mudah berputus asa kerana 'usaha tangga kejayaan', lelaki itu membelai dan mengusap si monyet demi mendapatkan kepercayaannya.

Walaupun begitu, monyet tersebut masih menjual mahal dan menolak pelawaan lelaki itu sambil menyambung melayan perasaan.

Cubaan seterusnya oleh pemuda itu adalah untuk mengalihkan perhatian si monyet dari perkara yang merunsingkannya.

Selalu kalau merajuk ni kalau bagi makan terus okay.

Netizen

Lelaki itu mengajak si monyet bermain bersamanya dengan mengumpan satu botol untuk cuba menarik minat.

Namun, sekali lagi pemuda tersebut menerima reaksi yang menghampakan daripada si monyet.

Monyet tersebut berkeras untuk kekal di tempatnya walaupun nyawanya diperjudikan.

Lagu bertemakan percintaan yang mengiringi video tu memberikan gambaran seolah-olah si monyet sedang melalui fasa sukar dalam hubungan romantisnya.

Lelaki ini cuba membelai si monyet untuk menambat jiwanya.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya dapat mengaitkan situasi kehidupan mereka dengan telatah si monyet.

"Dia tengah healing tu boss jangan kacau," tulis seorang netizen.

'Healing' dalam konteks ini bermaksud untuk merawat hati yang terluka kerana hubungan percintaan yang tidak menjadi.

Ada juga seorang warga maya yang mencadangkan untuk memberi makan monyet itu kerana orang sedang merajuk jika diberi makan pasti terus gembira.

Antara komen warga maya.

"Selalu kalau merajuk ni kalau bagi makan terus okay," ujarnya.

Tidak kurang juga yang cemburu melihat monyet itu mempunyai seseorang untuk memujuknya berbanding dirinya yang hanya digantung sepi.

"Untungnya, dia tunjuk effort nak pujuk monyet tu, aku yang manusia ni merajuk tak ada pun effort orang tunjuk. Sehina inikah nasib aku," katanya berjenaka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain