suria

Monyet dilanggar motosikal, tersepit pada tayar... tindakan orang awam menyentuh hati netizen

Seekor monyet yang tersepit pada tayar sebuah motosikal sedang diselamatkan orang awam.

SEBUAH video memaparkan orang ramai bertungkus lumus menyelamatkan seekor monyet yang tersepit pada tayar motosikal, benar-benar menyentuh hati ramai.

Insiden itu berlaku di wilayah Badosarai, Barabanki di Uttar Pradesh.

Difahamkan, monyet malang itu cuba menyeberangi jalan sebelum ia tanpa sengaja dilanggar oleh sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki.

Penunggang motosikal tersebut bagaimanapun sempat menekan brek kecemasan, dan monyet berkenaan tersepit pada tayar hadapan motosikalnya.

Orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut bergegas untuk menyelamatkan haiwan berkenaan.

Mereka diliihat menanggalkan tayar motosikal untuk membebaskan monyet itu.

Haiwan itu berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain