suria

Guru pengalaman mengajar 10 tahun disyaki liwat pelajar

Seorang guru didakwa meliwat seorang pelajar. -gambar hiasan

SEORANG guru lelaki disyaki meliwat seorang pelajarnya.

Kejadian yang didakwa berlaku pada 27 September lalu, tetapi hanya terbongkar, baru-baru ini.

Insiden berlaku di sebuah sekolah menengah di Rampang di Jawa Timur, Indonesia.

Pendedahan dibuat selepas mendapat laporan daripada guru lain.

Guru berkenaan mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun di sekolah tersebut.

Ketua Pendidikan Jawa Timur bagi Sampang, Ali Afandi berkata, guru yang tidak bertanggungjawab itu tidak lagi mengajar di sekolah tersebut.

"Guru tersebut tidak lagi diberi tugas mengajar," kata Ali Afandi.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sampang, Adjung Pesuruhjaya Polis Irwan Nugraha berkata, tiada laporan kepada Polis Sampang berhubung perbuatan guru tersebut di sekolah berkenaan.

"Tiada laporan kepada kita. Jika ada laporan, kita pasti akan menjalankan siasatan lanjut," tulis Irwan Nugraha menerusi pesanan WhatsApp. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain