suria

[V] Kutu babi masuk telinga pun cari abang bomba... Tiga anggota ‘all out’ keluarkan serangga jahat, guna air tembakau je!

Beberapa anggota bomba membantu mengeluarkan kutu babi daripada telinga budak lelaki.

PERNAHKAH terlintas di fikiran tentang apa yang mungkin berlaku di persekitaran anda ketika sedang melelapkan mata?

Pelbagai anasir luar seperti serangga, semut dan ulat boleh memasuki rongga badan tanpa disedari.

Igauan ngeri itu terbukti benar apabila ibu kanak-kanak ini menyaksikan seekor kutu babi sedang 'bertapa' di dalam telinga anaknya.

Melalui satu video tular di TikTok, Nana Najiha, 25, sempat merakamkan proses merinding bulu roma untuk menarik keluar tetamu tidak diundang itu.

"Waktu pagi tu saya nak mandikan anak macam biasa lepas dia bangun. Tapi dia mengadu sakit di bahagian leher.

"Sebab dia budak lagi jadi dia tak dapat explain dengan jelas apa yang menyebabkan dia sakit. Saya ingat mungkin dia tersalah position tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Video ‘kucing pasrah’ monyet selak bulu, cari kutu raih lebih 2 juta views! Tuannya dedah mereka kawan baik tapi ada hari tak ngam

ARTIKEL BERKAITAN: “Mama minta maaf ya” - Kerana percayakan petua TikTok dari seberang... kutu hilang, kucing pun ‘bertukar’ jadi lebah

"Lepas dah mandikan saya cuba la check secara luaran dekat sekitar kepala dia. Apabila sampai bahagian telinga, nampak ada biji hitam, terkejut saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Tanpa ragu-ragu Nana yakin biji hitam itu adalah kutu babi kerana dua minggu sebelum itu anak bongsunya juga pernah menjadi mangsa serangga perosak itu.

"Waku adik dia kena dulu kutu babi tu baru hinggap, jadi senang nak cabut terus.

Kami gunakan cara tradisional iaitu air tembakau untuk bagi kutu babi tu jadi lemah.

NANA NAJIHA

"Yang si abang ni pula saya rasa dah kena sejak malam sebelum tu, gigitan dia dah dalam, nak cabut terus mesti sakit.

"Jadi dalam keadaan panik tu, saya terus bawa pergi jumpa suami saya. Suami saya pegawai bomba, sebab tu dalam video ada kami berada dekat balai bomba," ujarnya.

Sebagai makluman, Nana dan keluarganya tinggal di Serdang, Kedah dan anaknya yang menjadi mangsa kutu babi berumur 2 tahun.

Setibanya di Balai Bomba dan Penyelamat (BPP), proses mencabut keluar kutu babi bermula dengan bantuan suami Nana dan anggota bomba yang lain.

"Nasib baik rumah dengan balai bomba dekat je. Suami saya tengok dulu dan dia kata boleh keluarkan kutu babi tanpa perlu ke klinik.

Pegawai bomba memeriksa telinga anak Nana yang 'didiami' kutu babi.

"Dekat situ anggota ramai untuk tolong pegangkan anak, sebab apabila nak cabut tu dia meronta-ronta. Itu yang tak berani nak buat sendiri dekat rumah.

"Kami gunakan cara tradisional iaitu air tembakau untuk bagi kutu babi tu jadi lemah," kongsi Nana.

Menurut Nana lagi, selain air tembakau, minyak angin juga mujarab untuk membuatkan kutu babi tersebut hilang selera.

"Ini cara turun-temurun sebenarnya. Orang kampung punya cara kalau ada kutu babi melekat.

Kutu babi di dalam telinga si anak cilik.

"Titiskan sedikit air tembakau ke atas kutu babi tu. Nanti daripada warna hitam, kutu babi tu akan jadi warna kelabu dan kecut macam dia nak mati.

"Lepas itu senang dah nak tarik keluar. Kalau tarik keluar secara paksa, nanti gigi dan kaki dia akan tertinggal dekat dalam isi, ada risiko jangkitan," cerita Nana.

Walaupun namanya kutu babi, tetapi menurut Nana ia bukan datang daripada babi tetapi sebaliknya haiwan jalanan berbulu seperti kucing.

Suami Nana dan rakannya menolong untuk menarik keluar kutu babi.

"Anak saya yang seorang lagi tu suka main dengan kucing. Mungkin daripada situ dia dapat. Benda kecil memang susah kita nak nampak.

"Lagipun rumah saya dekat dengan hutan, jadi benda-benda macam itu memang banyak. Susah kita nak elak," katanya.

Nana sempat memberikan nasihat jika gigitan kutu babi itu terlalu serius, sebaiknya perlu dapatkan rawatan di klinik atau hospital dengan kadar segera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain