suria

“Mama minta maaf ya” - Kerana percayakan petua TikTok dari seberang... kutu hilang, kucing pun ‘bertukar’ jadi lebah

Lolo dimandikan dengan air kunyit untuk menghilangkan kutu pada badannya.

BUNTU melihat kutu beranak pinak 'menumpang hidup' pada badan kucing kesayangan, Afiffah Rozlan, 31, memilih untuk mencuba rawatan tradisional yang dibaca di media sosial.

Hasilnya, kucing jantan yang pada asalnya berwarna tompok hitam putih itu kini bertukar menjadi warna seekor lebah!

ARTIKEL BERKAITAN : “Comel moyang you” - Video sweet 2 generasi raih lebih 1 juta tontonan! Cicit kagum Buyut umur 105 tahun masih kuat ibadat, selalu beri nasihat

ARTIKEL BERKAITAN : Terlalu rapat walau tinggal berasingan... tiap hari berhubung sejak bapa dijangkiti Covid-19, tiba-tiba mesej tak berbalas! - “Saya rasa kosong”

Berkongsi gambar si bulus kesayangannya yang diberi nama Lolo itu di grup Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, Afiffah yang tinggal di Beranang, Selangor berkata usahanya memandikan kucing tersebut dengan air kunyit ternyata membuahkan hasil.

"Tadaaa.. ni hasilnya, serious guys masa mandikan dia memang keluar kutu tapi tak semua.

"Rasanya ni terlebih kunyit sebab video yang saya tengok dekat TikTok tu tak de la pekat (warna kuning pada kucing) macam ni.

"Mama minta maaf ya sebab jadikan awak kuning," tulisnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Postingnya itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata melihat Lolo yang sudah bebas kutu seperti seekor lebah.



Warna kuning pada badan Lolo masih belum hilang selepas seminggu.

Bercakap kepada mStar, Afiffah berkata kucingnya yang baru berusia setahun itu sememangnya dilepaskan untuk bermain dil uar.

"Sebelum ni memang pakai ubat kutu yang saya beli dekat Shopee tapi dah habis pula.

"Nak tunggu ubat yang dipesan sampai lambat... kucing ni tidur dengan kami dan baby jadi saya risau anak kena gatal-gatal," katanya yang mempunyai tiga cahaya mata yang masih kecil.



Lolo merupakan satu-satunya kucing peliharaan yang tinggal.

Menurut Afiffah petua untuk menghalau kutu tersebut diambilnya dari sebuah akaun TikTok Indonesia.

"Saya letak serbuk kunyit campur garam kasar, masukkan dalam baldi lepas tu letak air suam dan mandikan Lolo.

"Memang menjadi tapi tak semua yang keluar," katanya.

Saya letak serbuk kunyit campur garam kasar, masukkan dalam baldi lepas tu letak air suam dan mandikan Lolo.

AFIFFAH ROZLAN

Menurutnya kucing Parsi campuran kampung ini kini menjadi satu-satunya haiwan peliharaannya dan keluarga.

"Ada orang bagi mak Lolo pada kami, kami bela sejak kecil lagi.

"Tapi mak Lolo dah mati sebab sakit, sayang sangat sebab 'dia' sangat baik.

"Mak dia macam Lolo juga tidur dengan kami sekeluarga," ujar suri rumah ini.

Setelah hampir seminggu, Afiffah berkata warna kuning pada kucingnya itu kini kian pudar.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain