suria

Kantoi selepas 6 bulan! Si kecil jawab panggilan rider masa ibunya solat, gigih beri petunjuk bimbang abang Foodpanda sesat - “Rumah yang ada motor, kerusi...”

Kepetahan si cilik Oyen menjawab panggilan telefon seorang rider Foodpanda menghiburkan netizen.

BUNTU mencari lokasi rumah pelanggan, seorang rider syarikat Foodpanda akhirnya bertindak membuat panggilan telefon untuk mendapatkan jawapan.

Namun siapa sangka, panggilannya disambut oleh seorang kanak-kanak yang begitu keletah dan sedaya upaya cuba membantu memberi gambaran kedudukan rumahnya kepada rider berkenaan walaupun kedengaran begitu lucu.

"Mama sembahyang. Rumah yang ada motor, ada kerusi, ada almari tempat simpan buku, ada pentaran (beranda)," demikian penerangan kanak-kanak berkenaan dalam perbualannya bersama rider tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alamak dekat Pulau Duyung!” - Remaja Pink Walker tergamam dapat pesanan dari ‘seberang laut’, terpaksa ‘reject’ walau jejas reviu

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis pelik rider hantar mesej ‘sinis’ selepas pesan McD, patutlah garang semacam... rupa-rupanya bapa sendiri hantar order di pintu rumah!

Bagaimanapun, rider berkenaan dalam nada yang cukup sabar tidak berputus asa mencari klu sehingga akhirnya makanan yang dipesan selamat tiba ke tangan pelanggannya.

"Penyabar betul abang Foodpanda nya ni," demikian kapsyen pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok yang sehingga kini meraih lebih daripada 1.1 juta jumlah tontonan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dan geli hati mendengar video rakaman perbualan antara si cilik dengan rider dalam dialek Sabah itu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Umai Shahara yang memuat klip tersebut di akaun TikTok berkata, sebenarnya rakaman perbualan antara anak saudaranya dengan rider berkenaan adalah rakaman lebih enam bulan lalu.

"Rakaman itu dari telefon kakak saya. Dia pun tak tahu yang anak buah, Rasyiqah Izzahra atau Oyen jawab macam mana sewaktu rider itu hubungi. Hanya baru-baru ini dia saja-saja nak dengar rakaman-rakaman perbualan di telefonnya yang auto-recording.

"Dia hantar klip tu suruh saya dengar sebab lucu. Memang kami pun tak tahu cerita sehinggalah terdengar klip tersebut yang sudah lebih enam bulan ada dalam telefon kakak," katanya yang senang disapa sebagai Umai.



Menurut Umai, anak saudara sulungnya, Oyen sememangnya seorang kanak-kanak yang petah bercakap.

Menurut gadis berusia 22 tahun ini, Oyen yang kini berusia lapan tahun sememangnya seorang kanak-kanak yang petah bercakap dan ringan tulang terutama mengambil pesanan makanan yang dihantar rider.

"Saya rasa perbualan tersebut lucu sangat jadi nak muat naik dekat TikTok. Gigih saya edit terutama masukkan subtitle sebab takut orang tak faham loghat Sabah," ujar siswi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini.

Menurut Umai, dia langsung tidak menyangka video Oyen mengundang perhatian ramai sehingga viral.



Oyen meraih perhatian ramai selepas perbualannya bersama seorang rider Foodpanda tular.

Ini kerana kata Umai, dia pada mulanya bimbang tidak semua orang dapat memahami loghat orang Sabah seperti yang dituturkan anak saudaranya dan rider tersebut.

"Syukur, berbaloi juga saya gigih edit, letak subtitle. Maknanya bukan hanya orang Sabah sahaja yang faham, tapi netizen dari semenanjung Malaysia juga. Seronok apabila mereka faham apa yang saya cuba sampaikan.

"Tak sangka sampai lebih 1 juta yang tonton. Terhibur bila baca komen mereka. Ada yang sangka Oyen ni kucing. Tapi Oyen adalah nama timangan dalam kalangan keluarga kerana dia teramat comel dan bulat masa kecil-kecil dahulu.

Gigih saya edit terutama masukkan subtitle sebab takut orang tak faham loghat Sabah.

UMAI SHAHARA

IBU SAUDARA

"Bulat macam buah oren. Panggilan itu melekat hingga sekarang. Dalam pada itu, ada komen minta saya post lebih banyak konten mengenai Oyen. Mereka nak sangat tahu bagaimana rupa dan perangai Oyen," ujarnya yang menetap di Kota Kinabalu, Sabah bersama keluarga.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya, disebabkan video tersebut viral, mereka sekeluarga terjumpa kembali rider 'penyabar' berkenaan di media sosial.

"Ramai yang cam suara abang rider tersebut dan tag dia di media sosial," ujarnya.

Umai juga berkata, dia sendiri turut merasai tempiasnya gara-gara video tersebut sudah viral.



Video Oyen meraih jumlah tontonan melebihi 1.1 juta.

"Followers saya naik sehingga empat ribu. Niat asal nak tunjuk anak buah yang comel tapi ibu saudaranya pula dapat 'untung'.

"Bagi mereka yang like, komen dan share, terima kasih tak terhingga buat semua. Apa pun, terima kasih kerana komen positif dan mendoakan Oyen.

"Memandangkan tanggal 1 Julai baru-baru ini adalah hari lahirnya, sama-sama doakan agar Oyen menjadi anak yang solehah,"ujarnya lagi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak