suria

Wanita sedih ASB RM30k habis buat kenduri kahwin, kaum lelaki rasa satu kemenangan - “Baru tahu penat lelah nak halalkan kau”

Majlis perkahwinan yang gah boleh menelan belanja besar. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa sedih terpaksa mengeluarkan wang simpanan peribadinya sebanyak RM30,000 bagi mengadakan majlis perkahwinannya.

Kongsi wanita itu, kos itu semuanya ditanggung sendiri tanpa bantuan keluarga mahu pun bakal suami.

Wanita berusia 29 tahun itu memberitahu dia mengeluarkan wang tersebut daripada simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang mempunyai sebanyak RM50,000.

"Duit kenduri semua keluar simpanan sendiri. Sedihnya kumpul bertahun-tahun tapi macam itu sahaja duit habis," tulisnya.

Kata sepakat daripada pasangan penting untuk meneruskan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

Perkongsian itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen yang berpendapat kos tersebut boleh dikurangkan jika majlis dibuat secara sederhana.

Ada pula menyatakan itu juga dilalui oleh golongan lelaki yang terpaksa berkorban pelbagai perkara termasuk wang demi menghalalkan hubungan.

"Baru kau tahu penat lelah lelaki kumpul duit nak halalkan kau. Senang jer, tak nak belanja banyak, tak perlu buat majlis gah, cukup sekadar nikah dekat masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan tak kisah ‘cut’ bajet kenduri kahwin... Menangis ayah minta RM10,000, berangan nak buat majlis gah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita syukur hidup bahagia walau kahwin buat 'personal loan' 20K... Bakal pengantin diminta tak contohi pasangan ini

"Sebenarnya nafsu sendiri yang jadi RM30,000 tu. Kalau sedar diri, jumlah itu terlalu banyak untuk kenduri, boleh jer kurangkan kos tertentu," antara komen netizen.

Menjelaskan situasi sebenar, wanita itu memberitahu dia dan pasangannya sepakat menanggung kos majlis di pihak masing-masing tanpa bantuan ibu bapa.

Tambah wanita itu lagi, dia pada awalnya hanya berharap perkongsian itu mendapat kata-kata semangat kerana usaha mendirikan rumah tangga menggunakan wang sendiri. 

  • Wanita sedih apabila RM30,000 daripada simpanannya terpaksa digunakan untuk majlis perkahwinan.
  • Perkongsiannya mengenai kos kenduri itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
  • Ada yang berpendapat majlis perkahwinan boleh dibuat lebih sederhana.
  • Wanita itu menjelaskan majlis diadakan di dewan untuk 600 tetamu kerana keadaan keluarga.
  • Dia kecewa kerana luahan yang diharap mendapat sokongan sebaliknya menerima kecaman.

"Untuk makluman kami sudah berbincang untuk selesaikan majlis belah masing-masing guna duit sendiri. Mak bapa tak tolong sponsor sebab tak ada rezeki.

"Letak RM30,000 sebab anak pertama kahwin dalam keluarga dan mak ayah aku sedang sakit. Rumah tak selesa jadi cari dewan. Itu pun untuk 600 tetamu. Hantaran pula hanya RM5,000.

"Ingatkan post dapatlah kata-kata semangat sebab usaha sendiri. Lagi kena hentam. Netizen lelaki yang kecam aku, harap dapat balasan setimpal," ujarnya lagi.

Artikel Lain