suria

Wanita syukur hidup bahagia walau kahwin buat 'personal loan' 20K... Bakal pengantin diminta tak contohi pasangan ini

Majlis perkahwinan yang mewah pastinya akan menelan belanja tinggi. -Gambar hiasan

BAKAL pengantin perlu menyediakan sejumlah wang demi menjayakan majlis impian mereka.

Semakin mewah dan gah sesebuah majlis itu, maka lebih banyaklah wang yang perlu dibelanjakan.

Malah, ada bakal pengantin yang sanggup membuat pinjaman peribadi dan berhutang demi melangsungkan majlis perkahwinan impian.

Masalah kewangan boleh menjadi punca suami isteri bergaduh. -Gambar hiasan

Di laman X, seorang wanita berkata dia turut membuat pinjaman peribadi untuk mendirikan rumah tangga.

"Aku dengan suami aku kahwin buat pinjaman peribadi RM20,000. Setakat ini tak 'rabak' (terbeban) sangat, bayar RM300 setiap bulan.

"Disarankan untuk orang terdesak kahwin dan yang dah pasti bakal pasangan tu orang yang baik. Kami pasangan yang semua (kos) bayar 50-50.

Setakat ini tak 'rabak' sangat, bayar RM300 setiap bulan.

ISTERI

"Setakat ini gembira sebab masing-masing tak berkira antara satu sama lain," kongsi wanita itu.

Perkongsian kisah itu menerima pelbagai maklum balas memandangkan ramai yang tidak setuju dengan idea membuat pinjaman bagi tujuan perkahwinan.

Namun menurut seorang individu, tidak semua pasangan yang berhutang akan hidup dalam keadaan sengsara.

ARTIKEL BERKAITAN: Merana 8 tahun kahwin, suami jadi hamba keluarga... Mentua minta buat loan RM100,000 ketagih nak cepat kaya

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dilema nak nikah, tunang kaki hutang tapi jenis liat bayar... Risau kena tanggung ‘loan’ isteri lepas kahwin

"Tak adalah pula ketetapan siapa yang buat pinjaman untuk kahwin ni confirm tak bahagia. Semua tu stigma saja.

"Ramai je orang yang kahwin pakai duit pinjaman dan kekal bahagia," tulis pelayar X itu.

Namun, beberapa netizen yang lain tetap memberi peringatan kepada bakal pengantin agar tidak meniru pasangan tersebut.

Kenduri menelan belanja tinggi jika tuan rumah menjemput ramai tetamu. -Gambar hiasan

"Tolong jangan jadikan contoh. Ada je pilihan untuk buat majlis kecil-kecilan.

"Siapa ambil personal loan untuk kahwin memang bodoh la. Berhutang sebab kahwin.

"Jangan. Awal kahwin memang okay. Tunggu dua ke tiga tahun lagi," tulis beberapa netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia